Kemudahan Perpustakaan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Kemudahan » Kemudahan Perpustakaan

Kemudahan Perpustakaan


 1. INTERNET TANPA WAYAR 

post2

Internet Tanpa Wayar
 

Seluruh bangunan Perpustakaan dilengkapi rangkaian internet tanpa wayar (wireless network). Melalui kemudahan ini pengguna yang memiliki komputer riba (laptop / notebook) berpeluang melayari internet di mana-mana sahaja sekitar bangunan Perpustakaan dengan syarat pengguna mestilah mendaftar dan mendapatkan kata laluan di Kaunter Pendaftaran
PSAS Hotspot, Aras 1, Blok A Perpustakaan.

2. BILIK KAREL

karel

Perpustakaan Sultan Abdul Samad menyediakan 44 buah bilik karel untuk kegunaan staf akademik dan pelajar pascasiswazah. Permohonan untuk menggunakaan bilik karel ini boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi, Aras 1, Blok A Perpustakaan.

 

3. MESIN PINJAMAN LAYAN DIRI

mesin

Mesin Pinjaman Layan Diri 

Mesin ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada pengguna membuat pinjaman dan pembaharuan pinjaman buku secara layan diri tanpa perlu beratur di Kaunter Sirkulasi. Mesin ini berada di Aras 1 dan 2, Blok A. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

4. BILIK PERBINCANGAN

bincang

Bilik Perbincangan

Perpustakaan mempunyai 5 buah Bilik Perbincangan untuk kemudahan pengguna membuat perbincangan atau belajar berkumpulan. Permohonan untuk menggunakan bilik iniboleh dibuat di Kaunter Sirkulasi Bahagian Terbitan Bersiri, Aras 1 Blok B Perpustakaan. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

5. KOTAK PEMULANGAN BUKU

bbokdrop

Kotak Pemulangan Buku (Book Drop)
 
Kotak Pemulangan Buku atau 'Bookdrop' yang terletak di sebelah kiri pintu masuk Perpustakaan boleh digunakan untuk memulangkan buku semasa Waktu Perkhidmatan Perpustakaan ditutup. Anda hanya perlu memasukkan buku ke dalam 'Bookdrop' dan resit akan dikeluarkan. Sila simpan resit anda sebagai bukti bahan telah dipulangkan. (Sila pastikan bahan yang basah tidak dipulangkan melalui Kotak Pemulangan Buku (Book Drop). Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

6. AUDITORIUM LUKUT 1 AND LUKUT 2

audi

Auditorium Lukut 1 dan Lukut 2

Perpustakaan mempunyai 2 buah Bilik Auditorium (Auditorium Lukut 1 dan Lukut 2) untuk aktiviti tayangan bahan media seperti video, filem dan sebagainya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran  dan penyelidikan di Universiti. Auditorium yang dilengkapi dengan alat tayangan bahan media ini boleh memuatkan di antara 60 - 75 pengguna pada satu-satu masa. Permohonan untuk menggunakan bilik ini perlu dilakukan oleh pensyarah atau wakilnya di kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah Blok A Perpustakaan. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Kampus Bintulu untuk kapasiti  55 orang pengguna.

7. BILIK BAHAN PANDANG DENGAR

av

Bilik Bahan Pandang Dengar (BPD)

Sebanyak 9 buah Bilik Pandang Dengar (BPD) disediakan untuk tayangan
video, pencarian maklumat dari bahan-bahan dalam bentuk CD ROM, disket, slaid, filem strip dan mendengar kaset. Setiap bilik boleh memuatkan seramai 4 orang pada satu masa. Tempahan boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah Blok A Perpustakaan.

8. BILIK MUZIK

muzik

Bilik Muzik 

Sebanyak 2 buah bilik muzik / tayangan video disediakan kepada pengguna untuk tujuan santai dan merehatkan minda. Setiap bilik ini boleh
memuatkan 20 pengguna pada satu masa. Permohonan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah Blok A Perpustakaan.

9. RUANG MENONTON

tv

Ruang Menonton

Ruang Menonton televisyen dan video boleh dimanfaatkan sepanjang waktu perpustakaan dibuka. Permohonan untuk menonton video boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah, Blok A. Perpustakaan. Pihak perpustakaan juga melanggan beberapa saluran menarik dan berinformasi untuk tontonan pengguna.

10. SURAU

surau

Surau

Sebuah surau yang serba lengkap disediakan untuk muslim / muslimah menunaikan solat. Surau ini terletak di Aras 2, Blok A Perpustakaan Sultan Abdul Samad, di Aras 1, Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan, di Perpustakaan Perubatan Veterinar dan di Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

11. BILIK SIMPAN BARANG

pigeonholes

Bilik Simpan Barang

Bilik Simpan Barang untuk kegunaan semua pengguna perpustakaan ada
disediakan di Aras 1, Blok A dan B Perpustakaan Sultan Abdul Samad, di Aras bawah, Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan, di Perpustakaan Perubatan Veterinar dan di Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.
12. BILIK LATIHAN (BILIK MALAWATI)

bre2

Bilik Latihan (Bilik Malawati)

Perpustakaan menyediakan sebuah bilik latihan yang dilengkapi dengan peralatan komputer untuk aktiviti-aktiviti pengajaran, latihan, bengkel, kursus, ceramah dan sebagainya yang dianjurkan oleh Perpustakaan. Bilik
ini terletak di Aras Bawah, Blok A Perpustakaan.

13. BILIK RUJUKAN ELEKTRONIK (BRE)

bre3

Bilik Rujukan Elektronik

Perpustakaan menyediakan sebuah Bilik Rujukan Elektronik untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat yang diperolehi dalam bentuk elektronik melalui jurnal elektronik dan Internet. Bilik ini terletak di Aras 1, Blok A Perpustakaan. Kemudahan yang sama juga disediakan oleh Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan yang menyediakan 3 buah komputer di koleksi Bahan Terbitan Bersiri, Aras 2. Sementara Perpustakaan Perubatan Veterinar menyediakan 2 buah komputer untuk kemudahan penggunanya. Perpustakaan Kampus Bintulu menyediakan Stesen Multimedia untuk kegunaan para pelajar mengakses Internet, CD-ROM serta pengimbasan dan cetakan.

14. LACI BERKUNCI

lockers

Laci Berkunci

Perpustakaan menyediakan 344 laci berkunci untuk disewa kepada pengguna secara bulanan. Kadar sewa bulanan adalah RM2.00. Permohonan untuk menggunakan kemudahan ini boleh dibuat di Kaunter Tempahan Laci Berkunci dan Bilik Karel, Kaunter 1, Aras 1, Blok A Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Perpustakaan Kampus Bintulu juga menyediakan kemudahan 108 laci berkunci untuk disewa dengan kadar bayaran RM50.00 sebagai cagaran dan RM5.00 sewa bulan.

15. SALINAN FOTO

Perpustakaan menyediakan kemudahan fotokopi (hitam / putih dan warna) di:

foto

  • Bahagian Latihan & Khidmat Sokongan, Aras Bawah, Blok A dengan bayaran tunai
  • Perkhidmatan
    juga disediakan oleh sebuah syarikat swasta yang menggunakan kad
    pelajar atau kad staf sebagai mod transaksi dan Kaunter Fotokopi ini
    terletak di Aras 2, Blok B Perpustakaan
16. CETAKAN BERKOMPUTER

f2

Cetakan Berkomputer

Kemudahan ini disediakan untuk semua pengguna Perpustakaan. Pengguna perlu membayar 10 sen untuk setiap helai cetakan kertas bersaiz A4. Perkhidmatan ini disediakan di kaunter Bahagian Perkhidmatan Sokongan, Aras Bawah Blok A Perpustakaan.

17. MESIN FAKSIMILI

fax

Mesin Faksimili

Perpustakaan menyediakan kemudahan mesin faksimili untuk pengguna mengirim dan menerima dokumen. Kemudahan ini terdapat di Bahagian Perkhidmatan Sokongan, Aras Bawah Blok A. Kemudahan ini adalah berbayar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Perpustakaan.

18. BILIK PENGAJIAN SISWAZAH
post4

Bilik Pengajian Siswazah

Bilik Pascasiswazah ini dilengkapi dengan kemudahan komputer berinternet dan ruangan bacaan khas untuk pelajar Pascasiswazah di Aras
1, Blok A Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

 

Kemaskini:: 02/02/2018 [syafini]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
B1566250829