Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Kemudahan » Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU)

Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU)

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) juga telah menyediakan kemudahan kepada golongan pelajar kurang upaya (OKU). Antara kemudahan yang disediakan ialah:-

 

  AKSES KE PERPUSTAKAAN - TRACK DAN RAMP
  Terdapat laluan untuk pengguna berkerusi roda untuk memasuki Perpustakaan Utama. Pengguna boleh mendapatkan bantuan dan khidmat dari staf yang berkaitan untuk masuk ke perpustakaan.
     
  TEMPAT LETAK KERETA KHAS
 

Perpustakaan telah menyediakan parkir kenderaan khas buat pengguna kurang upaya (OKU) untuk meletakkan kenderaan yang berhampiran dengan pintu masuk Perpustakaan.

     
   

BILIK PERBINCANGAN

  Sebuah bilik perbincangan khas telah disediakan untuk keperluan pengguna kurang upaya (OKU) di Unit Media, Aras Bawah Blok A. Pengguna boleh memaklumkan kepada pegawai bertugas sekiranya perlu bantuan untuk menggunakan kemudahan bilik perbincangan.
     
  BILIK KAREL KHAS
  5 buah bilik karel khas telah disediakan untuk keperluan pengguna kurang upaya (OKU) di Aras Bawah dan Aras 2 Perpustakaan Utama. Pengguna boleh memaklumkan kepada pegawai bertugas sekiranya perlu bantuan untuk menggunakan kemudahan bilik karel.
     
  RUANG BACAAN KHAS
  Ruang bacaan khas untuk pengguna kurang upaya (OKU) disediakan di Unit Media, Aras Bawah dan juga Aras 2 , Ruang Bacaan Umum. 
     
     
  MESIN BRAILLE
 

Sebuah bilik karel yang menempatkan Mesin Braille disediakan untuk pengguna Orang Kurang Upaya (Penglihatan). Kemudahan ini ditempatkan di Unit Media , Aras Bawah Blok A.

     
  TANDAS MESRA OKU
  Tandas yang mudah diakses dan mesra OKU direka khas di Perpustakaan Utama untuk kemudahan pengguna yang kurang upaya.
     
  KEMUDAHAN LIF 
  2 kemudahan Lif di Blok A dan Blok B Perpustakaan Utama dilengkapi dengan Butang Braille bagi memberi kemudahan akses kepada pengguna OKU (cacat secara fizikal dan cacat penglihatan).
     
  LALUAN TACTILE
  Laluan tactile yang selamat dan bebas halangan telah disediakan bagi memudahkan serta membantu pengguna kecacatan penglihatan untuk berjalan dengan selamat.

 

 

Kemaskini:: 13/12/2023 [khairul_zul]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDFVAK~