Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Perkhidmatan » Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU)

Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU)

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengambil isiatif untuk merancang dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu pengguna kurang upaya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN
 

Koleksi perpustakaan terdiri daripada pelbagai jenis bahan dan ditempatkan di beberapa lokasi yang berbeza. Pengguna Kurang Upaya boleh mendapatkan bantuan daripada staf Perpustakaan bagi keperluan

  • Mendapatkan bahan di rak - Pengguna boleh mengimbas Kod QR bagi memaklumkan staf perpustakaan sekiranya memerlukan bantuan mencapai bahan di rak.
  • Membuat pinjaman bahan - Melalui Perkhidmatan Book Pickup.
  • Memulangkan bahan - Membuat temujanji awal dengan staf perpustakaan sekiranya ingin memulangkan buku yang telah dipinjam.
     
  PERKHIDMATAN SOKONGAN (Buddies@Lib)
 

Pengguna Kurang Upaya juga boleh mendapatkan khidmat sokongan atau lebih dikenali sebagai Buddies@Lib semasa berada di Perpustakaan. Staf yang telah diberi tugasan bertanggungjawab memberi bantuan dan menemani pengguna sekiranya perlu. 


Imbas Kod QR untuk Whatsapp atau klik link berikut https://wa.me/message/JSRGP5IVM522M1
Hubungi kami di talian berikut 
03 9769 8627 | 03 9769 7942| 03 9769 8637
     
  LAMAN WEB PERPUSTAKAAN - TETAPAN OKU
 

Satu ikon untuk tetapan OKU boleh dilihat di bahagian kanan laman web Perpustakaan. Tetapan ini berfungsi untuk membantu pengguna yang kurang upaya (Masalah Penglihatan) untuk mengakses laman web. Pengguna boleh memilih untuk menukar saiz tulisan dan juga warna yang dirasakan sesuai. Selain itu pengguna juga boleh menggunakan 2 perisian berikut untuk membantu menterjemah teks kepada ucapan suara / audio:

     

 

 

Kemaskini:: 13/12/2023 [khairul_zul]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETJA0~