Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Perkhidmatan » Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Perkhidmatan khusus

1. Perkhidmatan Pinjaman Buku

2. Tempahan Buku

3. Memperbaharui Pinjaman

4. Perkhidmatan Penelitian Maklumat

5. Surat Rujukan ke Perpustakaan lain

6. Pertukaran Alamat

PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU

1. Kelayakan pinjaman buku

  • Pelajar Ijazah dibenarkan meminjam 4 buah buku sahaja dari Koleksi Am selama 3 minggu

  • Pelajar Siswazah dibenarkan meminjam 15 buah buku sahaja dari Koleksi Am selama 30 hari

2. Pinjaman melalui Pos

Pelajar yang tinggal jauh dari kampus Serdang boleh membuat pinjaman dengan menghubungi Pustakawan PJJ dan menghantar butiran berikut :-

  • Nama penuh pelajar, nombor matrik dan alamat surat menyurat

  • Bagi setiap buku yang ingin dipinjam: nama pengarang, judul, nombor  panggilan.

Perhatian : Sila semak Katalog Perpustakaan KOHA WEBOPAC. Pelajar tidak perlu menghantar kad matrik bersama-sama permohonan. Bayaran pos (pos laju) memulangkan buku akan ditanggung oleh pelajar.

3. Denda

Pelajar yang lewat memulangkan buku pada tarikh yang dinyatakan dikenakan denda sebanyak 20 sen sehari bagi setiap buah buku.

4. Tempoh pemulangan buku

  • Buku-buku hendaklah dipulangkan sebaik sahaja peminjam selesai  menggunakannya supaya dapat menambahkan lagi pilihan buku-buku yang  boleh digunakan oleh pengguna  lain. Buku-buku yang dipinjam hendaklah  dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh yang dicapkan di atas slip  tarikh pemulangan atau lebih awal sekiranya buku tersebut dipanggil  balik oleh pihak Perpustakaan. Adalah menjadi kesalahan besar jika  seseorang pengguna tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Perpustakaan akan menghantar notis bagi pinjaman yang melewati tempoh tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya  notis tersebut tidak  sampai kepada pengguna atas apa-apa sebab sekali pun

  • Tarikh pemulangan buku dikira dari tarikh yang di cap pada bungkusan/sampul surat  bagi bahan yang dipulangkan melalui pos. Pelajar dinasihatkan untuk memulangkan buku 3 hari lebih awal dari tarikh pemulangan

TEMPAHAN BUKU

Buku yang sedang dipinjam oleh pelajar lain boleh ditempah. Pelajar hanya perlu menyemak Katalog Perpustakaan KOHA WEBOPAC untuk mengetahui jika buku tersebut telah dipulangkan. Pelajar boleh mengambil sendiri bahan atau menghubungi Pustakawan PJJ untuk penghantaran pos.

MEMPERBAHARUI PINJAMAN

Pelajar boleh memperbaharui pinjaman secara atas talian atau menghubungi Pustakawan PJJ melalui e-mel, telefon, surat atau faks sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh pemulangan. Pembaharuan pinjaman hanya boleh dilakukan sebanyak dua kali sahaja. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi Pustakawan PJJ dengan memberi maklumat berikut :-

  • Nama Pemohon

  • Kod Palang Perpustakaan

  • No Matrik

  • Kod Palang Buku

PERKHIDMATAN PENELITIAN MAKLUMAT

  • Perkhidmatan penelitian maklumat ini sangat berguna untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat mengenai penulisan dalam bidang masing-masing terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam penyelidikan.

  • Sila rujuk kepada senarai Pangkalan Data/Jurnal Elektronik. Adalah diingatkan bahawa pangkalan data-pangkalan data ini meliputi bahan dari seluruh dunia dan tidak semestinya bahan-bahan ini terdapat dalam koleksi Perpustakaan UPM. Pengguna juga boleh 'log in' di EZproxy untuk menggunakan pangkalan data pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan UPM.

  • Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi Pustakawan PJJ. Ingin juga dinyatakan bahawa senarai yang disediakan hanya merangkumi maksima 5 judul berserta  abstrak sahaja dan diberi secara percuma

  • Perkhidmatan yang lebih khusus akan dimajukan kepada Bahagian Rujukan dan akan dikenakan bayaran.

RUJUKAN KE PERPUSTAKAAN LAIN

Para pelajar yang ingin membuat rujukan ke perpustakaan lain (universiti, agensi kerajaan dan lain-lain) perlu membawa surat pengesahan daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Surat pengesahan ini membolehkan pelajar membuat rujukan ke perpustakaan berkenaan sahaja dan bukannya membuat pinjaman bahan. Bagi
pelajar PJJ yang tidak dapat mengambilnya sendiri, perpustakaan akan mengirim melalui pos atau faks. Pemohon perlu menghubungi Pustakawan PJJ  serta membekalkan butiran-butiran berikut :-

  • Nama penuh

  • Program pengajian

  • Semester pengajian

  • Nombor matrik

  • Alamat surat-menyurat

  • Nombor faks

  • Perpustakaan yang ingin dirujuk

Perhatian : Para pelajar adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan yang dirujuk


PERTUKARAN ALAMAT

Sebarang pertukaran alamat atau sebarang pertanyaan sila hubungi :-

PUSTAKAWAN
Perkhidmatan PJJ
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul EhsanTelefon : 03-89468609 atau 03-89468620
Faks : 03-89483745

 

Kemaskini:: 24/05/2017 [syafini]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
B1566348710