SEMINAR DAN BENGKEL SISTEM PERPUSTAKAAN BERSEPADU KOHA PADA 23HB, 24HB DAN 25HB APRIL 2019 | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
» NEWS » SEMINAR DAN BENGKEL SISTEM PERPUSTAKAAN BERSEPADU KOHA PADA 23HB, 24HB DAN 25HB APRIL 2019

SEMINAR DAN BENGKEL SISTEM PERPUSTAKAAN BERSEPADU KOHA PADA 23HB, 24HB DAN 25HB APRIL 2019


Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan kursus Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA dengan tema “Amalan Terbaik dalam Pengurusan Bahan Perpustakaan” seperti berikut:

Seminar Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA

Tarikh: 23hb April 2019 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Yuran: RM450.00 - Pendaftaran Awal (1 Mac-5 April 2019)

RM550.00 - Standard Yuran (6-23 April 2019)

 

Bengkel Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA

Tarikh: 24hb dan 25 April 2019 (Rabu & Khamis)

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Yuran: RM850.00 - Pendaftaran Awal (1 Mac-5 April 2019)

RM950.00 - Standard Yuran (6-23 April 2019)

 

Kursus ini diadakan berikutan keperluan semasa daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam Perpustakaan dan Pusat Sumber yang ingin mengetahui dengan lebih jelas mengenai Sistem Perpustakaan Bersepadu (Integrated Library Management System) yang berasaskan Sistem terbuka iaitu Sistem KOHA. Selain itu, peserta kursus juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pustakawan yang telah berpengalaman melaksanakan Sistem KOHA di perpustakaan masing-masing.

Bersama-sama emel ini disertakan brosur kursus untuk rujukan. Tuan/puan boleh melayari Portal Kursus di http://courseslib.upm.edu.my/courseslib/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar secara atas talian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kursus ini, tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd Dasuki Sahak/ Puan Azwana Ab. Rahman di talian 03 - 89467948 / 8607 atau e-mel: courseslib@upm.edu.my.

Date of Input: 07/03/2019 | Updated: 07/03/2019 | syafini

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
C1569262080