LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI PERSIDANGAN VIDEO UNTUK PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN : WEBEX DAN ZOOM | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
» NEWS » LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI PERSIDANGAN VIDEO UNTUK PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN : WEBEX DAN ZOOM

LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI PERSIDANGAN VIDEO UNTUK PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN : WEBEX DAN ZOOM

 

Serdang, Jun 1, 2020 - Persidangan video atau telesidang boleh didefinasikan sebagai persidangan yang berlangsung dengan para pesertanya berkomunikasi antara satu dengan yang lain dari tempat-tempat jauh dan berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya (Dewan Bahasa dan Pustaka). Secara ringkasnya, ia membolehkan berbilang pengguna berkongsi video dan audio dalam masa nyata sekaligus membolehkan perkongsian maklumat dilaksanakan dengan berkesan.

Sehubungan dengan itu dua latihan persidangan video telah dianjurkan pada 23hb dan 24hb April 2020 kepada warga Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS). Latihan ini bertujuan untuk memberi teori dan aplikasi berkaitan penggunaan persidangan video dalam pengendalian mesyuarat/ perbincangan, latihan dan pembelajaran secara maya menggunakan telefon pintar ataupun komputer riba. Aplikasi yang terpilih adalah berdasarkan kehendak semasa pengguna persidangan video di PSAS iaitu Zoom dan Webex. Latihan selama 1 jam bagi setiap sesi ini telah dikendalikan secara atas talian oleh Encik Mohd Afiq Rusly dan telah dihadiri oleh 50 orang peserta.

Latihan ini diharap dapat membantu peserta dalam memahami etika persidangan video serta cara-cara menganjurkan persidangan video bagi tujuan kelangsungan perkhidmatan perpustakaan. 

Date of Input: 18/06/2020 | Updated: 18/06/2020 | syafini

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
013-385 5880
03-9769 4747
C1596974605