BENGKEL PENILAIAN DAN PENENTUAN LANGGANAN PANGKALAN DATA 2021 ANJURAN PSAS | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
» NEWS » BENGKEL PENILAIAN DAN PENENTUAN LANGGANAN PANGKALAN DATA 2021 ANJURAN PSAS

BENGKEL PENILAIAN DAN PENENTUAN LANGGANAN PANGKALAN DATA 2021 ANJURAN PSAS

Oleh Siti Razimah Mohd Noor dan Aznizultina Md Nazar

Serdang, 10 September 2020 – Bahagian Terbitan Bersiri, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Bengkel Penilaian dan Penentuan Langganan Pangkalan Data 2021. Bengkel ini bermula jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Jugra 2, PSAS.

Tujuan utama bengkel adalah bagi mengkaji semula kesesuaian dan kecukupan pangkalan data yang dilanggan oleh UPM. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak fakulti khususnya mengenai keperluan serta kepentingan pangkalan data oleh warga akademik sepanjang aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UPM. Peserta yang terlibat di dalam bengkel ini adalah terdiri daripada wakil setiap fakulti dan Pustakawan Penghubung Fakulti di UPM termasuk Kampus Bintulu. Bagi wakil yang tidak dapat hadir secara fizikal serta wakil dari Kampus Bintulu, mereka turut mengikuti bengkel ini secara atas talian melalui aplikasi Zoom yang telah disediakan.

Bengkel ini dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Encik Muzaffar Shah Kassim, Ketua Pustakawan PSAS diikuti dengan sesi pelaporan, perbincangan dalam kumpulan dan juga sesi soal jawab. Semua peserta yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dan efektif. Hasil bengkel ini telah memberikan impak yang positif dan objektif penganjuran bengkel ini juga telah tercapai dimana kata sepakat telah diperolehi terhadap pembaharuan langganan pangkalan data bagi tahun 2021. Bengkel ini tamat sekitar jam 1.00 petang.

Date of Input: 29/09/2020 | Updated: 29/09/2020 | syafini

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
W1UJVXAT:23:06