Peraturan Am | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Peraturan » Peraturan Am

Peraturan Am

Pengguna Perpustakaan adalah tertakluk kepada Perlembagaan UPM, Statut, Kaedah dan Peraturan yang dibuat di bawahnya, serta tertakluk kepada peraturan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (tatatertib dan surcaj) 2000 dan apa-apa peruntukan lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Pengguna perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan bagi melindungi kepentingan bersama dan untuk membolehkan Perpustakaan menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.

● Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di Perpustakaan selaras dengan Etika Penampilan Pelajar UPM.

● Pengguna hendaklah mempamerkan kad pelajar/kakitangan/ahli ketika memasuki Perpustakaan.

● Makan, minum dan merokok adalah dilarang di dalam Perpustakaan.

● Mencuri, mengoyak, menconteng dan merosakkan bahan Perpustakaan akan menyebabkan pengguna didenda.

● Pengguna perlu memastikan telefon bimbit berada dalam mode senyap semasa berada di dalam Perpustakaan. Pengguna hanya dibenarkan membuat dan menerima panggilan telefon di ruang khas yang disediakan oleh Perpustakaan.

● Pengguna Perpustakaan yang membuat salinan fotokopi adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara yang bersabit dan bertentangan dengan Akta Hakcipta 1987.

● Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan barang persendirian di ruang bacaan dalam jangka waktu yang lama. Pegawai Perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengambil barang-barang tersebut.

● Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang pengguna.

● Payung, topi keledar dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk.

● Pengguna tidak dibenarkan menempah tempat duduk di ruang bacaan Perpustakaan.

● Pengguna tidak dibenarkan mengulang kaji, berbincang dan tidur di dalam surau Perpustakaan.

● Perbuatan tidak senonoh atau sumbang adalah dilarang sama sekali dilakukan di Perpustakaan. Pihak Perpustakaan berhak meminta pengguna yang dianggap berkelakuan sumbang / salah laku dan mengganggu ketenteraman perpustakaan supaya beredar dari Perpustakaan.

● Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak dibenarkan masuk ke Perpustakaan.

● Perkhidmatan kaunter akan ditutup 15 minit sebelum Perpustakaan ditutup. Loceng isyarat akan dibunyikan dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan Perpustakaan.

● Pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku/bahan-bahan yang dibawa keluar sekiranya diarahkan untuk pemeriksaan sebelum meninggalkan Perpustakaan.

● Keahlian Perpustakaan tidak boleh dipindah milik. Adalah menjadi kesalahan menggunakan kad keahlian pengguna lain bagi sebarang urusan di Perpustakaan.

● Pegawai Perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan Perpustakaan jika membuat bising dan mengganggu ketenteraman Perpustakaan.

● Ketua Pustakawan mempunyai kuasa untuk menarik balik kemudahan Perpustakaan sekiranya peraturan-peraturan di atas tidak dipatuhi.

● Ketua Pustakawan mempunyai kuasa untuk meminda Peraturan Perpustakaan dari semasa ke semasa. 

 

Kelulusan MPPSAS kali ke-62 (22 Januari 2021) 

 

Kemaskini:: 02/11/2022 [khairul_zul]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 8642
03-9769 4747
WWDZVAk~