Serambi Ilmu Rakyat (SIR Corner) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Kemudahan » Serambi Ilmu Rakyat (SIR Corner)

Serambi Ilmu Rakyat (SIR Corner)

“SIR Corner” merupakan Projek Khidmat Komuniti (CSR) dari Yayasan Bank Rakyat dalam bentuk Perpustakaan Digital Bank Rakyat yang berkonsepkan 80% digital dan 20% fizikal. Lebih 100 ribu koleksi digital boleh diakses melalui tujuh pangkalan data yang merangkumi subjek seperti perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain serta bacaan umum. Set fizikal “SIR Corner” berupa dua unit komputer dan satu set perabot diserahkan kepada PSAS bagi memberi keselesaan dan memudahkan pengguna mengaksess pangkalan data di “SIR Corner”.

Perkhidmatan SIR Corner ini, boleh digunakan oleh pelajar dan kakitangan UPM sahaja. Pengguna (Pelajar/Staf) boleh mengunjungi perpustakaan untuk menggunakan perkhidmatan ini atau mereka boleh menghubungi kakitangan di Meja Penasihat Pengguna di talian (03-97698642) untuk mendapatkan ID untuk log masuk ke laman web Serambi Ilmu Rakyat.

Pangkalan data yang ditawarkan di Laman Web Serambi Ilmu Rakyat eLibrary

Kemaskini:: 08/11/2022 [muizzudin]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdBAM~