Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selamat Datang ke laman sesawang Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM)! PSAS komited menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada pengguna selari dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa. Selain koleksi bercetak dan media, terdapat juga maklumat rujukan maya yang boleh diakses dengan mudah melalui laman sesawang ini. Hasil manfaat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), PSAS menawarkan alam penerokaan ilmu melalui portal pembelajaran yang interaktif. Laman sesawang ini menyediakan maklumat yang sangat berguna dan kepelbagaian perkhidmatan yang disediakan oleh PSAS. Justeru, kami mempelawa anda untuk meneroka dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara meluas, dan pastinya akan memberi manfaat dalam kerja penyelidikan anda. Maklum balas dan pendapat anda amat kami hargai untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna. Kami berharap PSAS memberi inspirasi kepada anda dalam mengejar maklumat dan ilmu pengetahuan. Sila hubungi kakitangan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut. Selamat melayari laman sesawang Perpustakaan Sultan Abdul Samad! MAHBOB BIN YUSOF |
|
Kemaskini:: 20/09/2023 [khairul_zul]
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.