| PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Staf Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam perkhidmatan perpustakaan menerusi sistem pengurusan kualiti yang sentiasa dipertingkatkan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan.

Pelajar secara automatik menjadi ahli Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan Cawangan yang lain setelah mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai mahasiswa, anda akan diberikan Identiti kad maya ini menggunakan aplikasi mudah alih PutraVID yang boleh digunakan pada platform android dan juga iOS. Aplikasi PutraVID ini diperlukan oleh setiap pengguna untuk menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan di Perpustakaan. Selain itu, PutraVID tersebut juga merupakan pengenalan diri anda sebagai Mahasiswa.

UPM Alumni Intelligent System merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.

Buat masa kini, para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini DAFTAR ALUMNI.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berbesar hati untuk menerima kunjungan pelawat ataupun pelajar praktikal dari dalam dan luar negara. Proses pengurusan lawatan ke PSAS adalah berdasarkan kepada Prosedur Pengurusan Lawatan yang melibatkan:-

  1. Proses permohonan sama ada melalui surat/emel.
  2. Kelulusan lawatan oleh pihak pengurusan berdasarkan permohonan.
  3. Keperluan lain (penginapan/pengangkutan/makanan) sekiranya perlu.

 

Bagi mana-mana agensi luar yang ingin membuat lawatan ke PSAS, sila kemukakan permohonan kepada :-  

Ketua Bahagian Korporat dan Latihan Staf,
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang

BWCFIAK:08:41