
“Knowledge becomes more meaningful when it can be accessed and experienced by everyone without barriers.”
Portal Buku Audio ini merupakan sebuah inisiatif perpustakaan yang dibangunkan bagi menyediakan akses kepada bahan ilmu dalam format audio secara percuma, mudah diakses dan mesra pengguna. Portal ini menghimpunkan pelbagai sumber buku audio daripada platform akses terbuka (open access) yang boleh dimanfaatkan oleh warga universiti dan komuniti umum untuk tujuan pembelajaran, pembangunan kendiri dan pengisian ilmu.
Melalui portal ini, pengguna berpeluang menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih fleksibel melalui pendekatan pendengaran. Buku audio membolehkan pengguna mengakses kandungan ilmu pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sama ada ketika berehat, bekerja, memandu atau menjalankan aktiviti harian. Pendekatan ini secara tidak langsung membantu memperluas akses kepada ilmu tanpa batasan tempat, masa dan kemampuan fizikal.
Portal ini juga dibangunkan bagi menyokong keperluan pengguna OKU, khususnya golongan bermasalah penglihatan serta pengguna yang mempunyai kesukaran mengakses bahan bercetak. Penyediaan akses kepada bahan audio dilihat sebagai satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran perpustakaan yang lebih inklusif, responsif dan mesra komuniti.
Updated:: 11/05/2026 [amiruliqhmal]

03 9769 4745 (8.00 AM - 5.00 PM)
03 9769 4686 (5.00 PM - 10.00 PM)