Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) juga telah menyediakan kemudahan kepada golongan pelajar kurang upaya (OKU). Antara kemudahan yang disediakan ialah:-
![]() |
AKSES KE PERPUSTAKAAN - TRACK DAN RAMP | |
| Terdapat laluan untuk pengguna berkerusi roda untuk memasuki Perpustakaan Utama. Pengguna boleh mendapatkan bantuan dan khidmat dari staf yang berkaitan untuk masuk ke perpustakaan. | ||
![]() |
TEMPAT LETAK KERETA KHAS | |
|
Perpustakaan telah menyediakan parkir kenderaan khas buat pengguna kurang upaya (OKU) untuk meletakkan kenderaan yang berhampiran dengan pintu masuk Perpustakaan. |
||
|
BILIK PERBINCANGAN |
||
![]() |
Sebuah bilik perbincangan khas telah disediakan untuk keperluan pengguna kurang upaya (OKU) di Unit Media, Aras Bawah Blok A. Pengguna boleh memaklumkan kepada pegawai bertugas sekiranya perlu bantuan untuk menggunakan kemudahan bilik perbincangan. | |
![]() |
BILIK KAREL KHAS | |
| 5 buah bilik karel khas telah disediakan untuk keperluan pengguna kurang upaya (OKU) di Aras Bawah dan Aras 2 Perpustakaan Utama. Pengguna boleh memaklumkan kepada pegawai bertugas sekiranya perlu bantuan untuk menggunakan kemudahan bilik karel. | ||
![]() |
RUANG BACAAN KHAS | |
| Ruang bacaan khas untuk pengguna kurang upaya (OKU) disediakan di Unit Media, Aras Bawah dan juga Aras 2 , Ruang Bacaan Umum. | ||
![]() |
MESIN BRAILLE | |
|
Sebuah bilik karel yang menempatkan Mesin Braille disediakan untuk pengguna Orang Kurang Upaya (Penglihatan). Kemudahan ini ditempatkan di Unit Media , Aras Bawah Blok A. |
||
![]() |
TANDAS MESRA OKU | |
| Tandas yang mudah diakses dan mesra OKU direka khas di Perpustakaan Utama untuk kemudahan pengguna yang kurang upaya. | ||
![]() |
KEMUDAHAN LIF | |
| 2 kemudahan Lif di Blok A dan Blok B Perpustakaan Utama dilengkapi dengan Butang Braille bagi memberi kemudahan akses kepada pengguna OKU. | ||
![]() |
LALUAN TACTILE | |
| Laluan tactile yang selamat dan bebas halangan telah disediakan bagi memudahkan serta membantu pengguna kecacatan penglihatan untuk berjalan dengan selamat. |
Kemaskini:: 08/10/2024 [syafini]

03 9769 4745 (8.00 PG - 5.00 PTG)
03 9769 4686 (5.00 PTG - 10.00 MLM)