Kemudahan Perpustakaan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Kemudahan » Kemudahan Perpustakaan

Kemudahan Perpustakaan

 

 1. INTERNET TANPA WAYAR 

post2

Internet Tanpa Wayar
 

Seluruh bangunan Perpustakaan dilengkapi rangkaian internet tanpa wayar (wireless network). Melalui kemudahan ini pengguna yang memiliki komputer riba (laptop / notebook) berpeluang melayari internet di mana-mana sahaja sekitar bangunan Perpustakaan dengan menggunakan rangkaian UPM PutraHotspot. 

2. BILIK KAREL

karel

Perpustakaan Sultan Abdul Samad menyediakan 41 buah bilik karel untuk kegunaan staf akademik dan pelajar pascasiswazah. Permohonan untuk menggunakaan bilik karel ini boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi, Aras 1, Blok A Perpustakaan.

 

3. MESIN PINJAMAN LAYAN DIRI

mesin

Mesin Pinjaman Layan Diri 

Mesin ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada pengguna membuat pinjaman dan pembaharuan pinjaman buku secara layan diri tanpa perlu beratur di Kaunter Sirkulasi. Mesin ini berada di Aras 1 dan 2, Blok A. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

4. BILIK PERBINCANGAN

bincang

Bilik Perbincangan

Perpustakaan mempunyai 10 buah Bilik Perbincangan untuk kemudahan pengguna membuat perbincangan atau belajar berkumpulan. Permohonan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi, Aras 1 Blok A Perpustakaan. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

5. KOTAK PEMULANGAN BUKU

bbokdrop

Kotak Pemulangan Buku (Book Drop)
 
Kotak Pemulangan Buku atau 'Bookdrop' yang terletak di sebelah kiri pintu masuk Perpustakaan boleh digunakan untuk memulangkan buku semasa Waktu Perkhidmatan Perpustakaan ditutup. Anda hanya perlu memasukkan buku ke dalam 'Bookdrop' dan resit akan dikeluarkan. Sila simpan resit anda sebagai bukti bahan telah dipulangkan. (Sila pastikan bahan yang basah tidak dipulangkan melalui Kotak Pemulangan Buku (Book Drop). Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

6. AUDITORIUM LUKUT 1 AND LUKUT 2

audi

Auditorium Lukut 1 dan Lukut 2

Perpustakaan mempunyai 2 buah Bilik Auditorium (Auditorium Lukut 1 dan Lukut 2) untuk aktiviti tayangan bahan media seperti video, filem dan sebagainya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran  dan penyelidikan di Universiti. Auditorium yang dilengkapi dengan alat tayangan bahan media ini boleh memuatkan di antara 60 - 75 pengguna pada satu-satu masa. Permohonan untuk menggunakan bilik ini perlu dilakukan oleh pensyarah atau wakilnya di kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah Blok A Perpustakaan. Kemudahan ini juga terdapat di Perpustakaan Kampus Bintulu untuk kapasiti  55 orang pengguna.

7. BILIK BAHAN PANDANG DENGAR

av

Bilik Bahan Pandang Dengar (BPD)

Sebanyak 9 buah Bilik Pandang Dengar (BPD) disediakan untuk tayangan
video, pencarian maklumat dari bahan-bahan dalam bentuk CD ROM, disket, slaid, filem strip dan mendengar kaset. Setiap bilik boleh memuatkan seramai 4 orang pada satu masa. Tempahan boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah Blok A Perpustakaan.

8. BILIK MUZIK

muzik

Bilik Muzik 

Sebanyak 2 buah bilik muzik / tayangan video disediakan kepada pengguna untuk tujuan santai dan merehatkan minda. Setiap bilik ini boleh
memuatkan 20 pengguna pada satu masa. Permohonan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah Blok A Perpustakaan.

9. RUANG MENONTON

tv

Ruang Menonton

Ruang Menonton televisyen dan video boleh dimanfaatkan sepanjang waktu perpustakaan dibuka. Permohonan untuk menonton video boleh dibuat di Kaunter Media dan Arkib, Aras Bawah, Blok A. Perpustakaan. Pihak perpustakaan juga melanggan beberapa saluran menarik dan berinformasi untuk tontonan pengguna.

10. SURAU

surau

Surau

Sebuah surau yang serba lengkap disediakan untuk muslim / muslimah menunaikan solat. Surau ini terletak di Aras 2, Blok A Perpustakaan Sultan Abdul Samad, di Aras 1, Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan, di Perpustakaan Perubatan Veterinar dan di Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

11. BILIK LATIHAN (BILIK MALAWATI)

bre2

Bilik Latihan (Bilik Malawati)

Perpustakaan menyediakan sebuah bilik latihan yang dilengkapi dengan peralatan komputer untuk aktiviti-aktiviti pengajaran, latihan, bengkel, kursus, ceramah dan sebagainya yang dianjurkan oleh Perpustakaan. Bilik
ini terletak di Aras Bawah, Blok A Perpustakaan.

12. BILIK RUJUKAN ELEKTRONIK (BRE)

bre3

Bilik Rujukan Elektronik

Perpustakaan menyediakan sebuah Bilik Rujukan Elektronik untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat yang diperolehi dalam bentuk elektronik melalui jurnal elektronik dan Internet. Bilik ini terletak di Aras 1, Blok A Perpustakaan. Kemudahan yang sama juga disediakan oleh Perpustakaan Perubatan & Sains Kesihatan. Sementara Perpustakaan Perubatan Veterinar menyediakan 2 buah komputer untuk kemudahan penggunanya. Perpustakaan Kampus Bintulu menyediakan Stesen Multimedia untuk kegunaan para pelajar untuk tujuan mengakses internet dan bahan elektronik.

13. JOMPRINT@LIB

JomPrint@Lib merupakan satu initiatif Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha menaiktaraf perkhidmatan fotokopi, imbasan, cetakan dan faksimili kepada warga UPM.:

JOMPRINT@LIB

Jenis Perkhidmatan

  • Salinan Foto
  • Imbasan dokumen
  • Cetakan (hitam / warna)
  • Faksimili
  • Penjilidan Mudah
  • Laminate
  • Penjualan Cenderamataan
14. ANJUNG SISWAZAH

Anjung Siswazah

Anjung siswazah ini dilengkapi dengan rangkaian internet tanpa wayar dan ruangan bacaan khas untuk pelajar Pasca Siswazah di Aras bawah, Blok B Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

 

Kemaskini:: 07/11/2022 [khairul_zul]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdGAo~