Webinar: Lessons Learned In Managing Webometrics | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Webinar: Lessons Learned in Managing Webometrics

Webinar: Lessons Learned in Managing Webometrics

Serdang, 20 Disember – Institut Pertanian Bogor (IPB University), Bogor Indonesia, telah menganjurkan Webinar: Lessons Learned in Managing Webometrics yang diadakan pada 20 Disember 2023 (Rabu) secara dalam talian. Sesi webinar ini telah menjemput Encik Muizzudin Kaspol (Ketua Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat), mewakili Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia sebagai salah seorang penceramah untuk sesi perkongsian berkenaan. Manakala penceramah dari IPB University adalah Ir. Julio Adisantoso, M.Kom (Ketua Lembaga Manajemen Informasi Dan Transformasi Digital (LMITD)).

Webinar ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti amalan terbaik, berkongsi tips dan pengalaman dalam menguruskan laman web universiti yang turut dinilai dalam penilaian Webometrics Ranking. Webometrics adalah sistem penarafan di mana laman web dan visibiliti digunakan sebagai indikator untuk mengukur prestasi universiti pada peringkat global yang dijalankan oleh Cybermetrics Lab (Majlis Penyelidikan Negara Sepanyol, CSIC). Selain itu, webinar ini juga dijadikan sebuah platform perkongsian idea dan bertukar pandangan bagi berkongsi sumber maklumat perpustakaan khususnya dalam bidang pertanian yang menjadi bidang tujahan bagi kedua-dua institusi.

Untuk rekod, kedudukan Universiti Putra Malaysia dalam “Ranking of Web Universities” (Webometrics Ranking) untuk edisi Julai 2023 adalah berada pada kedudukan ke-3 di Malaysia dan kedudukan kesuluran ke-474 didunia. Manakala IPB University pula berada pada kedudukan ke-911 di dunia dan berada pada kedudukan ke-6 di Indonesia.

IPB University

Tarikh Input: 27/12/2023 | Kemaskini: 27/12/2023 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEcDAF~