Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia: Perutusan Ketua Pustakawan 2024 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia: Perutusan Ketua Pustakawan 2024

Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia: Perutusan Ketua Pustakawan 2024

Serdang, 26 Februari  - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Majlis Perutusan Ketua Pustakawan 2024 dengan tema Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia  pada 26 Februari 2024 secara fizikal dan dalam talian.

Ketua Pustakawan PSAS, Encik Mahbob Yusof melalui perutusannya telah menyuntik semangat dan aspirasi warga PSAS dalam menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan selaras dengan kerangka strategik True North UPM yang diinspirasikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Selanjutnya, bagi mencapai perpustakaan akademik bertaraf dunia, tenaga kerja alaf 21 adalah diperlukan dengan nilai profesionalisme, kreatif dan inovatif, sentiasa bekerjasama dan mengamalkan sikap mesra pengguna. Majlis ini juga turut memaparkan sorotan video penglibatan dan pencapaian PSAS di peringkat Universiti sehingga ke peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2023.  

Bagi menghargai komitmen dan sumbangan warga PSAS, Majlis Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)  PSAS 2023/2024 turut diadakan di penghujung majlis perutusan ini. Lima (5) Anugerah Utama telah disampaikan kepada pemenang iaitu Anugerah Bilik Terbaik (Puan Hazlindah Basiron), Ruang Kerja Terbaik (Puan Safaaton Saidin), Zon Terbaik (Zon Raja Muda Musa), Go Green Terbaik (Zon Raja Alfah) dan Hasil Kreativiti Terbaik (Zon Raja Lumu). Amalan EKSA di PSAS telah menjadi budaya yang sebati dengan warganya setelah hampir tiga (3) tahun pelaksanaannya dimulakan.

 

 
     
Encik Mahbob Yusof berkongsi matlamat dan halatuju perpustakaan bertaraf dunia.

 

 

 
Sesi dipancarkan melalui platform Google Meet bagi warga Perpustakaan Kampus Bintulu, Sarawak.

 

 

 
     
 
Penerima anugerah Zon Terbaik, Hasil Kreativiti Terbaik dan Go Green Terbaik.

 

 

 
Semangat dan iltizam seluruh warga kerja PSAS bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

 

 

Tarikh Input: 04/03/2024 | Kemaskini: 04/03/2024 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETJAH~