Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2024 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2024

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2024

Oleh: Norfaezah Khomsan

Serdang, 25 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) meneruskan usaha menggalakkan eksplorasi ilmu dan perkongsian pengetahuan dengan menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2024  dan dihadiri oleh 106 orang staf perpustakaan secara dalam talian.

Sesi telah dimulakan dengan perkongsian dari peserta yang telah menghadiri ICoLIS 2023: The 9th International Conference On Libraries, Information And Society yang terdiri daripada Puan Fazlin Shamsudin,  Puan Samsida Samsudin dan   Cik Azian Edawati Zakaria. Bertemakan Libraries at the Forefront of Open Science, para peserta telah berkongsi inisiatif, trend, cabaran dan agenda sains terbuka (open science). Perpustakaan perlu memainkan peranan dalam Pelan Pengurusan Data Universiti walaupun diakui cabaran serantau iaitu kerjasama dan kolaborasi bagi menjayakan agenda sains terbuka ini. Pustakawan harus memainkan peranan berdasarkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam membantu pengurusan data penyelidikan secara sistematik. Selain itu, para peserta turut berkongsi dapatan berkaitan Malaysia OER National Policy yang disokong oleh sains terbuka dan data terbuka (open data). Open Educational Resources (OER) dapat digiatkan dengan mempromosi kepakaran pustakawan dan memahami peranan sebenar pustakawan dalam membantu akses kepada bahan-bahan OER dengan menggunakan pelbagai perisian sumber terbuka.

Sesi telah diteruskan dengan perkongsian peserta  International Symposium On Citizen Science 2023 (ISoCS 2023) iaitu Encik Azizan Arshad, Cik Syafiqah Nabilah Binti Jamali dan    Puan Aznizultina Md Nazar. Pada simposium ini, pelbagai projek dan gerakan bagi sains masyarakat (citizen science) telah ditonjolkan bagi memberi kesedaran impak penglibatan umum dalam penyelidikan dan meningkatkan akses kepada kepelbagaian sains terbuka. 

Encik Mohd Dasuki Sahak telah memenangi Best Paper Award di International Conference on Social Science, Information And Islamic Studies 2023 melalui kertas pembentangan beliau bertajuk Decoding  Digital  Competencies:  A  Bibliometric  Analysis  of Academic Librarianship. Kajian ini membentangkan pelbagai tema kecekapan digital, menekankan keperluan untuk peluang peningkatan kemahiran untuk seiring dengan sifat dinamik teknologi digital dan menekankan cabaran yang ditimbulkan oleh evolusi teknologi.

 

          
                          
 
Perkongsian menarik pembentang di Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2024

 

 

Tarikh Input: 27/03/2024 | Kemaskini: 27/03/2024 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUVAV~