Webinar Emerging Technologies For Innovative Library | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Webinar Emerging Technologies for Innovative Library

Webinar Emerging Technologies for Innovative Library

Oleh: Nur Azwani Syuhada Abdul Halil dan Mirrah Nashihin Kamanizam (Pelajar Latihan Industri PSAS)

 

Serdang, 15 Februari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Webinar Emerging Technologies for Innovative Library secara dalam talian dengan dihadiri oleh staf Perpustakaan seramai 86 orang yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai teknologi terkini dalam bidang perpustakaan dan pengadaptasiannya mengikut kesesuaian perkhidmatan PSAS.

Prof. Madya Dr. Muhamad Khairulnizam Zaini, Pensyarah Kanan dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dijemput bagi berkongsi tentang cabaran dan kepelbagaian teknologi dalam bidang kepustakawanan. Antara topik yang dibahaskan adalah pemacu utama transformasi digital, inovasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Blockchain, Augmented Reality dan Virtual Reality. Teknologi yang muncul menawarkan peluang yang signifikan bagi perpustakaan akademik untuk meningkatkan perkhidmatan, melancarkan operasi di dalam talian dan memenuhi kehendak pengguna. Pelbagai bidang kolaborasi dan peningkatan kompetensi dalam bidang kepustakawanan dapat dipertingkatkan bagi merapatkan jurang antara PSAS dan pengguna.

Perkongsian yang padat dan bermanfaat selama dua jam ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan dilihat dapat membuka ruang dan membina kemahiran baharu kepada pustakawan.

 

Penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Muhamad Khairulnizam Zaini menghuraikan tentang pemacu utama transformasi digital di tahun 2024

 

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning)

 

Perkongsian mengenai rangkaian peranti yang disambungkan melalui teknologi Internet-of-Thing (IoT)

 

Kepentingan penggunaan teknologi terkini dalam perkhidmatan Perpustakaan

Tarikh Input: 20/02/2024 | Kemaskini: 20/02/2024 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEbPAr~