Systematic Literature Review For Librarian Workshop | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Systematic Literature Review For Librarian Workshop

Systematic Literature Review For Librarian Workshop

Oleh: Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 15 Jun  - Jawatankuasa Pustakawan UPM, Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah menganjurkan Systematic Literature Review For Librarian Workshop. Bengkel ini bertujuan untuk membina kemahiran pustakawan dalam teori dan teknik penulisan systematic literature review.

Penceramah jemputan, Pensyarah dari Jabatan Sains Perpustakaan dan Maklumat, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr. Samsul Farid Samsudin telah membimbing 30 peserta secara teori dan praktikal di dalam sesi selama dua jam ini. Para peserta telah didedahkan dengan strategi pencarian sistematik, tips dan teknik penulisan SLR serta penerbitan artikel jurnal.

Sesi ini juga dilihat sebagai satu platform perkongsian dan percambahan ilmu bagi menyuntik semangat pustakawan PSAS dalam menulis dan menerbit penulisan yang berimpak.

 

  

Dr. Samsul Farid Samsudin menyampaikan sesi perkongsian dan perbincangan bersama peserta.

 

Gambar berkumpulan peserta Systematic Literature Review For Librarian Workshop

 

Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pustakawan UPM, Puan Rusniah Sayuti.

Tarikh Input: 28/06/2023 | Kemaskini: 28/06/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEdBAP~