Sesi Wacana Ilmu: Menelusuri Keunikan Koleksi Nadir | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Wacana Ilmu: Menelusuri Keunikan Koleksi Nadir

Sesi Wacana Ilmu: Menelusuri Keunikan Koleksi Nadir

Oleh : Hazlindah Basiron dan Azwana Ab Rahman

 

Atur cara Wacana Ilmu : Menelusuri Keunikan Koleksi Nadir

 

Serdang, 30 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berhasrat untuk membangunkan Koleksi Nadir Pertanian di Koleksi Khas PSAS dan Koleksi Nadir Borneo di Perpustakaan Kampus Bintulu Sarawak (PKBS). Sehubungan itu, Sesi Wacana Ilmu: Menelusuri Keunikan Koleksi Nadir telah dianjurkan sebagai usaha mendapatkan kefahaman mengenai Koleksi Nadir. Sesi ini diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom telah menarik seramai 111 peserta dari dalam dan luar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi Wacana Ilmu dimulakan dengan ucapan aluan daripada Cik Haslina Abu Seman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Perkhidmatan). Dalam ucapannya, beliau menyambut baik usaha membangunkan Koleksi Nadir Pertanian dan Koleksi Nadir Borneo ini. Beliau berharap dengan adanya koleksi yang mempunyai nilai sejarah ini akan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada masyarakat umum dan para penyelidik.

 

Ucapan aluan oleh Cik Haslina Abu Seman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Perkhidmatan)

 

Sesi diteruskan dengan perkongsian yang menarik daripada 3 orang penceramah jemputan dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Encik Tamimi Taib, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pemuliharaan , Puan Noor Hazwani Warrmal, Penolong Pengarah, Unit Perolehan Koleksi Khas, Bahagian Pembinaan Koleksi dan Puan Rabiah Mohd Ali, Penolong Pengarah, Unit Koleksi Khas, Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara . Para penceramah telah memberikan penerangan yang terperinci dan jelas mengenai Koleksi Nadir meliputi pembangunan, pengurusan dan pemuliharaan koleksi.

 

Sesi perkongsian oleh penceramah jemputan

 

Perkongsian ilmu selama hampir 4 jam ini telah memberi kesedaran betapa pentingnya pembangunan Koleksi Nadir dalam usaha memelihara bahan tersebut, sekaligus sebagai bukti kewujudan warisan intelektual serta ketamadunan negara kita. Selain itu, dapat meningkatkan kefahaman mengenai tujuan dan kepentingan pembangunan Koleksi Nadir kepada para peserta.

 

 

 

Gambar berkumpulan antara peserta yang hadir secara dalam talian

Tarikh Input: 07/04/2022 | Kemaskini: 08/04/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXFTGAC~