Sesi Perkongsian EKSA Dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Perkongsian EKSA dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

Sesi Perkongsian EKSA dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

Serdang, 3 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM dengan tujuan membuat penanda arasan amalan terbaik pelaksanaan EKSA di perpustakaan.


Sesi telah dimulakan dengan ucapan aluan sebagai tanda sokongan dari Encik Muzaffar Shah Kassim, Ketua Pustakawan, UPM. Beliau dalam ucapannya berharap agar amalan EKSA dapat diterapkan secara konsisten oleh warga PSAS di dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga universiti. Sesi diteruskan dengan perkongsian dari Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof, Pengerusi EKSA PTAR, UiTM. Beliau telah berkongsi pelbagai aspek pengalaman dan amalan terbaik pelaksanaan EKSA di PTAR, UiTM yang boleh dijadikan panduan kepada warga PSAS. Antara penerangan beliau ialah berkaitan imej korporat dan inovasi yang telah dilaksanakan di PTAR. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini telah memberi gambaran persekitaran perpustakaan kondusif yang boleh dicapai melalui amalan EKSA.


Sesi soal jawab dan perkongsian pandangan dari 113 peserta yang hadir telah dapat memberi input secara dua hala yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Puan Siti Rohayu yakin dengan penglibatan seluruh warga PSAS akan dapat mengaplikasi dan mengungguli amalan EKSA sekaligus meningkatkan kepuasan pengguna perpustakaan.
Rakaman bagi sesi ini juga telah dimuatnaik di Google Drive Kursus@PSAS untuk capaian warga PSAS.

 

 
Sesi perkongsian dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Pustakawan, UPM  

Sharing session from the Chairman of EKSA PTAR, UiTM

 

 
 Antara inovasi warga PTAR UiTM dari bahan kitar semula   Gambar berkumpulan antara peserta yang hadir secara dalam talian

Tarikh Input: 10/03/2022 | Kemaskini: 10/03/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXFTKAZ~