PSAS Perkukuh Kemahiran Penyelidikan Melalui Bengkel Keywords Sequence Importance (KSI) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD lib
» BERITA » PSAS Perkukuh Kemahiran Penyelidikan Melalui Bengkel Keywords Sequence Importance (KSI)

PSAS Perkukuh Kemahiran Penyelidikan Melalui Bengkel Keywords Sequence Importance (KSI)

Oleh: Nurazrina Mohd Rapi dan Norazira Mohamed

Serdang, 8 April 2026 - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM telah menganjurkan “Workshop on Keywords Sequence Importance (KSI): Novel Codes for Science and Social Science Quality Thesis and Publication” bagi memperkukuh kemahiran penyelidikan dalam kalangan pelajar siswazah dan pensyarah UPM.

Bengkel ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Md. Kamal Uddin dari Fakulti Pertanian, UPM dengan memperkenalkan pendekatan Keywords Sequence Importance (KSI) sebagai kaedah penulisan yang sistematik melalui pemilihan dan penyusunan kata kunci sebagai asas pembinaan abstrak, pengenalan dan keseluruhan struktur penyelidikan.

Prof. Madya Dr. Md. Kamal Uddin berkata “Pemilihan kata kunci yang betul membantu penyelidik membina fokus kajian sejak peringkat awal dan menghasilkan penulisan yang lebih tersusun dan meningkatkan potensi penerimaan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi”. Sesi bengkel turut merangkumi penerangan berasaskan contoh, perkongsian pengalaman dan perbincangan situasi sebenar bagi memberi pemahaman yang lebih jelas tentang aplikasi pendekatan KSI dalam penulisan akademik.

Mengulas mengenai manfaat pendekatan KSI, Dr. Siti Khadijah Abdul Rahman, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM berkata, "Pendekatan KSI menyediakan panduan yang jelas dalam pemilihan kata kunci, penulisan abstrak dan pengenalan kajian mampu memberi manfaat dalam penyeliaan Projek Tahun Akhir (FYP), tesis sarjana dan pascasiswazah". 

Program ini mencerminkan komitmen berterusan PSAS dalam memacu kecemerlangan penyelidikan UPM melalui penganjuran program yang relevan dan memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik kepada komuniti akademik.

 

Prof. Madya Dr. Md Kamal Uddin berkongsi ilmu berkaitan pendekatan Keywords Sequence Importance (KSI) dalam penulisan penyelidikan.

 

Sesi bergambar bersama Prof. Madya Dr. Md Kamal Uddin dan peserta bengkel.

 

Tarikh Input: 12/08/2026 | Kemaskini: 12/08/2026 | rozainijumadi

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (08:59:49am-09:04:49am, 13 Aug 2026)   09:01:27am