Oleh: Hazlindah Basiron, Mohd Dasuki Sahak dan Nursyafinaz Mohd Noh
SEPANG, 29 Julai 2026 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah terlibat dalam Penilaian Berpusat Malaysia Research Assessment (MyRA®) bagi Tahun Penilaian 2024 dan 2025 yang berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2026 di Movenpick Hotel, KLIA.
Penglibatan PSAS dalam penilaian ini adalah melalui penyediaan, semakan dan pengesahan data Subseksyen H2 di bawah Seksyen H (Kemudahan Sokongan) yang melibatkan data koleksi perpustakaan bagi Tahun Penilaian 2024 dan 2025 semasa Penilaian Berpusat (Tapak) MyRA®. Tiga orang pustakawan PSAS, iaitu Encik Mohd Dasuki Sahak, Puan Hazlindah Basiron dan Puan Nursyafinaz Mohd Noh, telah mewakili PSAS dalam sesi penilaian tersebut.
MyRA® merupakan instrumen penilaian yang digunakan bagi mengukur kecemerlangan penyelidikan institusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan sistem analisis yang merangkumi input, proses, output, hasil (outcome) dan impak penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan serta inovasi (RDC&I).
Penglibatan ini memperlihatkan peranan strategik Perpustakaan sebagai rakan penyelidikan Universiti melalui pengurusan data, penyediaan sumber maklumat serta perkhidmatan yang memacu kecemerlangan penyelidikan UPM.
Panel penilai bersama wakil Universiti Putra Malaysia (UPM) bergambar kenangan selepas sesi Penilaian Berpusat Malaysia Research Assessment (MyRA®) Tahun Penilaian 2024 dan 2025 di Movenpick Hotel, KLIA.
Tarikh Input: 07/08/2026 | Kemaskini: 07/08/2026 | amiruliqhmal

03 9769 4745 (8.00 PG - 5.00 PTG)
03 9769 4686 (5.00 PTG - 10.00 MLM)