PSAS High Performance Organization Workshop: Adopting BS International Standard | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » PSAS High Performance Organization Workshop: Adopting BS International Standard

PSAS High Performance Organization Workshop: Adopting BS International Standard

Serdang, 5 Dis - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan bengkel PSAS High Performance Organization Workshop: Adopting BS International Standard bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dengan objektif menstruktur semula penyampaian perkhidmatan PSAS berdasarkan standard dan piawaian antarabangsa.

YBhg. Prof. Dr. Noor Azman Ali, Professor dari Putra Business School UPM yang berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan kualiti telah dijemput sebagai penceramah bagi sesi kali ini untuk membimbing seramai 18 orang Ketua Bahagian dan Pustakawan. Para peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada kepentingan dan pendekatan kepada pengurusan kualiti yang efisien, dan impak positif kepada organisasi. Bengkel diteruskan dengan penelitian dan analisa empat standard yang digunapakai iaitu:

  1. ISO 11620:2023 Information and documentation (Library performance indicators)
  2. ISO 16439:2014 Information and documentation (Methods and procedures for assessing the impact of libraries)
  3. ISO 2789:2022 Information and documentation (International library statistics)
  4. ISO/TR 11219:2012 Information and documentation (Qualitative conditions and basic statistics for library buildings: Space, function and design)

 

Ketua Pustakawan UPM, Encik Mahbob Yusof turut menekankan kepentingan mempersiapkan pegawai PSAS sebagai pekerja abad ke-21 selari dengan pengadaptasian piawaian antarabangsa bagi memastikan Perpustakaan UPM unggul menjadi sebuah perpustakaan akademik bertaraf dunia. Di akhir bengkel ini, perkongsian daripada Prof. Dr. Noor Azman turut membantu PSAS menyediakan penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berdasarkan Balance Scorecard yang menilai dan mengukur impak perkhidmatan PSAS.

 

     
   YBhg. Prof. Dr. Noor Azman Ali berkongsi pengalaman dan membuahkan pemikiran kritis dalam sesi perkongsian.

 

   
Ketua Pustakawan, Encik Mahbob Yusof menyampaikan objektif bengkel dan hasrat dalam membawa PSAS sebagai peneraju penyedia maklumat di UPM.    

 

 
Para peserta memberi tumpuan dalam memahami piawaian antarabangsa perpustakaan.

 

Gambar berkumpulan peserta PSAS High Performance Organization Workshop : Adopting BS International Standard.

 

 

Tarikh Input: 08/01/2024 | Kemaskini: 08/01/2024 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEbWA1~