Program Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021 Peringkat PSAS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat PSAS

Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat PSAS

Oleh: Norfaezah Khomsan, Nazibah Kamaruddin dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 10 Sep - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) meraikan bulan kemerdekaan dengan semangat Patriotisme@Putra melalui penganjuran Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021. Antara aktiviti program adalah Video Ucapan Kemerdekaan oleh Warga UPM, Pertandingan Kibaran Jalur Gemilang dan Pameran Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (https://lib.upm.edu.my/pameran-3710). Di kesempatan ini juga, PSAS turut menganjurkan Program Bicara Kemerdekaan: Malaysia Prihatin yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Za'im Rosli, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Kaunseling UPM. Beliau telah mengupas topik individu dan budaya organisasi yang positif dalam membentuk suasana kerja yang harmoni dan prihatin terutamanya ketika situasi pandemik. Program ini telah berjaya menarik seramai 93 orang peserta.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Encik Muzaffar Shah Kasim, Ketua Pustakawan. Di dalam ucapannya, beliau turut menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan syabas atas penglibatan warga PSAS dalam aktiviti bulan kemerdekaan yang dianjurkan secara dalam talian. Ujarnya, bagi generasi muda, mereka tidak seharusnya hanya menganggap merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa. Ini kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi pada masa kini. Encik Muzaffar turut mengajak semua peserta untuk sama-sama beliau untuk melaungkan ungkapan merdeka dan laungan Merdeka! ini telah disambut dengan penuh semangat oleh para pese
ta.

Kemuncak program adalah pengumuman pemenang bagi Pertandingan Kibaran Jalur Gemilang yang telah disempurnakan oleh Cik Haslina Abu Seman@Talib selaku Pengerusi Program Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Tahun 2021. Video pemenang dan video ucapan kemerdekaan boleh disaksikan melalui laman Facebook Perpustakaan Sultan Abdul Samad (https://www.facebook.com/upmlib).

Perkongsian menarik dari Encik Muhammad Za'im Rosli dalam membina jatidiri yang cemerlang dan prihatin.

 

Ucapan dan laungan kemerdekaan dari Encik Muzaffar Shah Kassim, Ketua Pustakawan UPM

 

Video Ucapan Kemerdekaan oleh warga UPM dan Pemenang Pertama Pertandingan Kibaran Jalur Gemilang

 

Gambar berkumpulan peserta yang hadir memeriahkan program sambutan

 

Tarikh Input: 20/09/2021 | Kemaskini: 23/09/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeHAM:07:54