Serdang, 8 Okt - Sehubungan dengan kemasukan pelajar prasiswazah baharu sesi 2021/2022, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan kepada pelajar prasiswazah baharu secara atas talian seperti butiran berikut :
Tarikh : 18hb Oktober – 5hb November 2021 (Isnin – Jumaat)
Masa : Seperti dalam jadual yang di bawah
atau
https://online.fliphtml5.com/wneb/ufnu/#p=1
Tempat : Zoom
Modul : 1. Katalog Perpustakaan (WebOPAC)
2. Pangkalan Data Langganan
Objektif kelas diadakan :
Disamping itu, kita juga ada pameran, buku panduan dan video untuk rujukan pelajar baharu. ( https://lib.upm.edu.my/prog_literasi_maklumat-3579)
Dimohon pensyarah untuk menguar-uarkan dan menggalakkan pelajar mengikuti program ini.
Segala kerjasama adalah amat dihargai. Bersama-sama ini dilampirkan poster Program Literasi Maklumat : Sesi Pengenalan Perpustakaan sebagai rujukan.
![]() |
Tarikh Input: 11/10/2021 | Kemaskini: 12/10/2021 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.