PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD JALANI PENILAIAN PERINGKAT KEDUA EKSA SEMPENA HKIP 2025/2026 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD lib
» BERITA » PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD JALANI PENILAIAN PERINGKAT KEDUA EKSA SEMPENA HKIP 2025/2026

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD JALANI PENILAIAN PERINGKAT KEDUA EKSA SEMPENA HKIP 2025/2026

Oleh: Nazibah Kamaruddin, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Ilmu, Najah binti Mohd Ali, Pustakawan Kanan dan Syarfeeza binti Mohamad Saifuddin, Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 

SERDANG, 23 Julai 2026 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melaksanakan Penilaian Peringkat Kedua Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2025/2026.

Penilaian tersebut telah dikendalikan oleh tiga orang panel penilai yang dilantik oleh UPM, iaitu Encik Naszroul Haqimee Bin Rahmat, Ketua Seksyen Pengurusan Operasi Makmal, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Puan Lili Amira Binti Hazinan, Pegawai Pertanian, Pusat Pertanian Putra, dan Puan Siti Harlizah Binti Rahman, Penolong Akauntan, Pejabat Bursar.

Program dimulakan dengan sesi pembentangan pelaksanaan EKSA PSAS yang mengetengahkan inisiatif serta pencapaian perpustakaan dalam membudayakan amalan EKSA. Seterusnya, panel penilai telah mengadakan lawatanke setiap dan ruang kerja di sekitar perpustakaan bagi menilai aspek pematuhan terhadap kriteria EKSA yang merangkumi aspek pengurusan persekitaran kerja, dokumentasi, kreativiti dan inovasi, amalan kelestarian hijau serta usaha penambahbaikan berterusan.

Sepanjang sesi penilaian, pegawai dan staf yang bertanggungjawab di setiap zon telah memberikan penerangan mengenai pelaksanaan amalan EKSA di kawasan masing-masing. Panel penilai turut mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi membantu PSAS memperkukuh lagi pelaksanaan EKSA serta meningkatkan kualiti persekitaran tempat kerja.

Menurut Encik Naszroul Haqimee bin Rahmat, beliau amat kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh warga PSAS kerana organisasi ini dilihat benar-benar "hidup dengan EKSA". Beliau menyatakan bahawa amalan EKSA bukan sekadar dipamerkan ketika sesi penilaian, malah jelas diterapkan dalam budaya kerja harian. Beliau turut memuji tahap pengurusan kawasan perkhidmatan pengguna yang sentiasa kemas, tersusun dan kondusif, sambil menyifatkan usaha mengekalkan standard EKSA di kawasan yang menerima kunjungan pengguna secara berterusan sebagai satu pencapaian yang bukan mudah.

Penilaian ini bertujuan memperkasakan budaya kerja berkualiti, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, selamat dan sistematik selaras dengan aspirasi EKSA UPM.

PSAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan panel penilai atas kesudian melaksanakan penilaian di PSAS. Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga PSAS atas komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam menjayakan Penilaian Peringkat Kedua EKSA. Diharapkan budaya EKSA akan terus diperkasakan sebagai amalan berterusan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan memperkukuh imej PSAS sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan kualiti, inovasi dan kelestarian.

 

Poster Penilaian Peringkat Kedua EKSA sempena HKIP UPM 2025/2026

 

Encik Naszroul Haqimee Rahmat dan Puan Lili Amira Hazinan sedang mendengar penerangan daripada pegawai PSAS

 

Panel Penilai memberikan cadangan berkaitan pelabelan

Tarikh Input: 04/08/2026 | Kemaskini: 05/08/2026 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (05:26:56pm-05:31:56pm, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]