Serdang, 4 Apr - Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Sesi latihan Pangkalan Data Langganan Secara Atas Talian seperti butiran berikut :
![]() |
![]() |
1. Modul Eikon with Datastream Tarikh : 12 Mei 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Fasilitator : Mr. Wong Wai Hong
Kaedah : Menggunakan aplikasi Microsoft Teams
Pendaftaran secara atas talian dibuka melalui URL berikut:
|
2. Modul Proquest Central
Tarikh : 12 Mei 2020 (Selasa)
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Fasilitator : Kurinji Malar
Kaedah : Menggunakan aplikasi WEBEX
Pendaftaran secara atas talian dibuka melalui URL berikut:
|
Objektif kelas diadakan :
1.Mendidik pengguna memahami strategi bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.
2.Membolehkan pengguna mengenal pasti, mendapatkan dan menilai maklumat dari Pangkalan Data terpilih.
3.Mempelajari kaedah mengakses bahan atas talian dengan lebih berkesan
Oleh itu semua pelajar dan pensyarah digalakkan untuk menghadiri kelas secara atas talian ini bagi memudahkan pencarian bahan rujukan dan penyelidikan melalui sumber-sumber atas talian.
Dimohon pensyarah dan wakil fakulti untuk menguar-uarkan mengenai kelas ini kepada semua pelajar.
Kerjasama Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/ Puan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Bersama-sama ini dilampirkan Poster sebagai rujukan.
Terima kasih.
Tarikh Input: 04/05/2020 | Kemaskini: 04/05/2020 | syafini
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.