MEMPERKASA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK MELALUI SESI LAWATAN PERPUSTAKAAN KEJURUTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » MEMPERKASA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK MELALUI SESI LAWATAN PERPUSTAKAAN KEJURUTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MEMPERKASA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK MELALUI SESI LAWATAN PERPUSTAKAAN KEJURUTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Oleh: Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 29 Mei - Jalinan hubungan dan kerjasama UPM-USM diperkukuh melalui sesi lawatan bagi menanda aras amalan terbaik dan perkhidmatan baharu di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Kunjungan pelawat telah disambut oleh Ketua Bahagian Korporat dan Latihan Staf PSAS, Puan Nur Azleen Hasan dan wakil pengurusan PSAS. Sesi perkongsian dua hala berkaitan perkhidmatan baharu yang ditawarkan di PSAS dan sekaligus bertukar pandangan bagi memantapkan perkhidmatan perpustakaan akademik kepada warga kampus. Ketua Pustakawan UPM, Encik Mahbob Yusof turut hadir dan mengalu-alukan kehadiran 20 orang pegawai perpustakaan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan USM, Puan Radia Banu Jan Mohamad. Pelawat kemudiannya telah dibawa melihat persekitaran dan kemudahan di PSAS antaranya Anjung Ilmu, Galeri Informasi Pertanian, kemudahan Book Pickup  dan Book Delivery serta ruang bacaan digital.

Kunjungan ini telah memberi ruang bukan sahaja untuk peserta lawatan malahan juga kepada Pustakawan PSAS mencambah idea untuk terus memastikan perkhidmatan PSAS kekal relevan dan memenuhi keperluan pengajaran dan penyelidikan warga UPM.

 

  Ketibaan pelawat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

 

  Sesi perkongsian perkhidmatan terkini dan amalan terbaik di PSAS

 

Penyampaian cenderahati penghargaan daripada PSAS kepada wakil Perpustakaan Kejuruteraan USM

 

  Sesi lawatan berpandu melihat kemudahan di PSAS

Tarikh Input: 13/06/2023 | Kemaskini: 13/06/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEcMAP~