Latihan Kebakaran (Fire Drill) Di Perpustakaan Sultan Abdul Samad | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Oleh Mohd Dasuki Bin Sahak

 

Serdang, 27 September - Pada tahun ini, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) dengan kerjasama empat Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM iaitu Unit Bantu Mula (UBM), Polis Bantuan, Pusat Kesihatan Universiti dan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset.

Insiden kebakaran di aras satu blok A telah dipilih sebagai kes kecemasan dan seramai 48 orang anggota ERT PSAS bertindak sebagai “first responder” dan pengungsian bangunan.

Encik Roslan Ariffin sebagai Komandan Insiden melaporkan seramai 111 orang penghuni bangunan terlibat dalam latihan ini dan dua orang mangsa berjaya diselamatkan sebelum ketibaan jentera penyelamat UBM dan ambulan PKU.

Secara keseluruhannya, semua pegawai dan pengguna mematuhi arahan ERT PSAS semasa latihan diadakan dan bangunan perpustakaan berjaya dikosongkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

 

Semua staf dan pengguna Perpustakaan Sultan Abdul Samad berhimpun di tempat berkumpul (Assembly Point) semasa latihan kebakaran (Fire Drill) dijalankan.

 

Mangsa yang cedera dan pengsan sedang diberi rawatan awal oleh First Aider ERT PSAS.

 

Komandan Insiden, Encik Roslan Ariffin memberi taklimat kepada Pasukan ERT selepas latihan kebakaran (Fire Drill) diadakan.

 

Anggota ERT PSAS yang terlibat bagi latihan fire drill 2023

Tarikh Input: 13/12/2023 | Kemaskini: 13/12/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEcXAp~