Kursus Penulisan Surat Rasmi | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Kursus Penulisan Surat Rasmi

Kursus Penulisan Surat Rasmi

 

Serdang, 4 September  - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi bagi mempertingkatkan kecekapan Pustakawan PSAS dalam bidang penulisan bertempat di Bilik Termasa, PSAS.

Penceramah jemputan, Munsyi Muda Bahasa Encik Syed Hisham Shah bin Syed Hilmi dari Jabatan Komunikasi Komuniti, Putrajaya telah membimbing Pustakawan PSAS bagi penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang betul dalam urusan rasmi berdasarkan sumber rujukan dan pekeliling yang berkuatkuasa. Antara intipati kursus adalah penggunaan frasa yang sesuai, ejaan, eufemisme, denotasi dan konotasi bahasa. Para peserta turut didedahkan dengan pelbagai kesilapan bahasa yang biasa digunakan dalam urusan rasmi.

Pada sesi petang, para peserta ditugaskan untuk menghasilkan penulisan surat rasmi yang seterusnya disemak dan dibincangkan bersama penceramah. Komunikasi dua hala yang baik antara penceramah dan peserta telah membuahkan hasil apabila para peserta dapat memberi rumusan di akhir kursus bagi dapatan di sepanjang kursus ini.

 

Encik Syed Hisham Shah Syed Hilmi menyampaikan sesi perkongsian bersama peserta.

 

  

Para peserta memberi tumpuan dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

Tarikh Input: 13/09/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEcBAG~