SERDANG, 28 Nov - Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) akan mengadakan Kelas Hari Selasa bagi bulan Disember 2019 kepada semua pelajar dan pensyarah UPM seperti butiran berikut :
Tarikh : 3hb, 10hb, 17hb, 24hb dan 31hb Disember (Selasa)
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh | 2.30 - 4.30 ptg (Rujuk jadual)
Tempat : Bilik Malawati, PSAS.
Modul :
1. Strategi Pencarian Maklumat
2. Pangkalan Data Atas Talian
3. Mendeley (Asas)
4. Turnitin
Oleh itu semua pelajar dan pensyarah digalakkan untuk menghadiri kelas ini bagi memudahkan pencarian bahan rujukan dan penyelidikan melalui sumber-sumber atas talian.
Dimohon pensyarah dan wakil fakulti untuk menguar-uarkan mengenai kelas ini kepada semua pelajar.
Kerjasama tuan/ puan amat dihargai. Bersama-sama ini dilampirkan jadual Kelas Hari Selasa sebagai rujukan.
Tarikh Input: 28/11/2019 |
Kemaskini: 09/12/2019 | j_mohdshahril
PERKONGSIAN MEDIA