Serdang, 23 Ogos - Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan hari kebesaran negara yang wajib disambut dan dihayati oleh semua rakyat di negara ini dalam membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Bersempena dengan “Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Tahun 2021” Perpustakaan Sultan Abdul Samad akan menganjurkan “Aktiviti Video ucapan kemerdekaan oleh warga UPM : Malaysia Prihatin.” Aktiviti terbuka kepada semua warga UPM dengan objektif utama untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan hari kemerdekaan dikalangan warga UPM.
Hantarkan seberapa banyak video, tanda sokongan dan sayangnya anda kepada negara kita. Mari semua bersama-sama kita laungkan kata-kata ucapan dan semangat anda sempena Kemerdekaan Malaysia ke-64. Bersama ini disertakan pautan borang atas talian dan poster syarat penyertaan untuk rujukan. Sekian, terima kasih.
Pautan Borang Penyertaan: https://cutt.ly/KQC2IkW
![]() |
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA YANG KE-64
#malaysiaprihatin
Tarikh Input: 01/09/2021 | Kemaskini: 01/09/2021 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.