Oleh Najwani Amir Sariffudin
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh peranannya dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan saintifik dengan merekodkan lebih 500 penerbitan ilmiah dalam pangkalan data antarabangsa Scopus pada tahun 2025. Pencapaian ini mencerminkan komitmen fakulti dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti, serta memperluas sumbangan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.
Analisis bibliometrik menggunakan aplikasi VOSviewer dilaksanakan untuk memetakan jaringan kerjasama antarabangsa berdasarkan indikator Total Link Strength (TLS), yang mengukur kekuatan hubungan kolaborasi antara negara berdasarkan data penerbitan Scopus.
Berdasarkan analisis jaringan kerjasama negara seperti dalam jadual dan rajah di bawah, Malaysia berada dalam kedudukan paling dominan dengan nilai TLS sebanyak 413. Nilai tersebut menggambarkan kekuatan hubungan kolaborasi penyelidikan yang luas antara penyelidik Malaysia dengan rakan penyelidik antarabangsa. Selain Malaysia, negara yang menunjukkan jaringan kerjasama yang kukuh ialah United Kingdom (TLS=126), China (TLS=110), Amerika Syarikat (TLS=99) dan Australia (TLS=95).
Secara keseluruhannya, pencapaian penerbitan FPSK yang tinggi serta kekuatan jaringan kolaborasi antarabangsa yang dikenal pasti melalui analisis VOSviewer menunjukkan peranan aktif fakulti dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan perubatan dan sains kesihatan di peringkat global.
Pencapaian penerbitan dan jaringan kolaborasi antarabangsa yang dikenal pasti melalui analisis bibliometrik ini turut menggambarkan keperluan kepada ekosistem penyelidikan yang kukuh. Dalam konteks ini, Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM memainkan peranan sebagai rakan strategik penyelidik dengan menyediakan akses kepada sumber maklumat berimpak tinggi, sokongan analisis penyelidikan, literasi maklumat serta khidmat konsultasi berkaitan penerbitan saintifik.Peranan ini membantu penyelidik dalam mengenal pasti peluang kolaborasi, meningkatkan keterlihatan hasil penyelidikan dan memperluas impak penerbitan FPSK di peringkat global.

Rajah 1. Jaringan kolaborasi penyelidikan antarabangsa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM,
berdasarkan penerbitan berindeks Scopus bagi tahun 2025 menggunakan analisis VOSviewer.
|
Label |
Cluster |
Weight |
Weight |
|
Malaysia |
5 |
413 |
541 |
|
United Kingdom |
2 |
126 |
32 |
|
China |
7 |
110 |
60 |
|
United States |
3 |
99 |
20 |
|
Australia |
1 |
95 |
18 |
|
Indonesia |
1 |
83 |
43 |
|
Japan |
3 |
71 |
11 |
|
Singapore |
1 |
70 |
15 |
|
Nigeria |
4 |
64 |
24 |
|
Saudi Arabia |
2 |
64 |
17 |
|
India |
1 |
61 |
13 |
|
Taiwan |
1 |
56 |
13 |
|
Thailand |
1 |
56 |
18 |
Jadual 1. Negara yang menjalin rakan kolaborasi penyelidikan dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM
berdasarkan penerbitan berindeks Scopus bagi tahun 2025.
Tarikh Input: 27/07/2026 | Kemaskini: 28/07/2026 | amiruliqhmal

03 9769 4745 (8.00 PG - 5.00 PTG)
03 9769 4686 (5.00 PTG - 10.00 MLM)