Aplikasi Persidangan Video | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» ARTIKEL » Aplikasi Persidangan Video

Aplikasi Persidangan Video

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakkan pekerja dan pelajar menjalankan tugasan pejabat terutamanya mesyuarat dan mengikuti kelas dalam talian menggunakan pelbagai jenis perisian persidangan video. Perpustakaan Sultan Abdul Samad juga menggunakan perisian-perisian persidangan video berkenaan untk tujuan seperti yang dinyatakan diatas. Disini terdapat beberapa pilihan perisian yang boleh digunakan untuk aktiviti- aktiviti seperti mesyuarat dalam talian dan kelas dalam talian.

 

Zoom

Aplikasi Zoom boleh digunakan melalui web atau perisian desktop (https://zoom.us/). Zoom mempunyai versi percuma, versi Pro (https://zoom.us/pricing). Sepanjang tempoh pandemik virus Coronavirus ini, Zoom telah menghapus had masa 40 minit untuk akaun Asas percuma untuk sekolah, university dan pusat pendidikan yang terkesan dengan Coronavirus buat sementara waktu. Kebiasaannya aplikasi Zoom digunakan di pejabat dan universiti untuk tujuan mesyuarat dan kelas dalam talian. Aplikasi ini  boleh menyokong sehingga 100 peserta dalam satu masa.

 

Cisco Webex

Aplikasi Webex Meetings (https://www.webex.com/) juga direka khusus untuk persidangan video dan pengurusan acara dalam talian. Webex Meetings dapat menyokong sehingga 200 peserta dalam satu masa. Webex juga boleh digunakan dengan aplikasi desktop atau aplikasi web. Aplikasi web mempunyai fungsi yang sama dengan versi desktop, kecuali dua ciri penting: versi web tidak menyokong enkripsi ujung ke ujung, dan tidak ada Voice-over-IP (VoiP).

 

Microsoft Teams

Microsoft Teams adalah sebahagian daripada produk yang dikeluarkan oleh Microsoft 365. Microsoft Teams boleh mengadakan persidangan audio, video, dan web dengan sesiapa sahaja. Microsoft Teams juga menyediakan beberapa ciri tambahan seperti bantuan penjadualan, pengambilan nota mesyuarat, perkongsian layar, rakaman mesyuarat, dan pesanan segera. Microsoft Teams juga boleh mengadakan mesyuarat secara langsung; webinar, dan Microsoft Teams mampu menampung sehingga 10,000 peserta di dalam atau di luar organisasi anda dalam satu masa.

 

Google Meet

Google Meet (https://meet.google.com/) adalah versi baru Google Hangouts Meet. Perkhidmatan Google Meet telah diintegrasi dengan produk Google yang lain, G Suite. Perkhidmatan ini menyokong berjuta-juta pengguna setiap hari, termasuk pelanggan perusahaan dan pendidikan. Dengan Google Meet, anda dapat menyokong sehingga 250 peserta dalam satu panggilan. Selain itu, terdapat penstriman langsung sehingga 100,000 penonton, dan pilihan untuk mengatur panggilan melalui Kalendar Google.

Tarikh Input: 05/05/2020 | Kemaskini: 05/05/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDcQAJ~