PSAS Perkukuh Pelaksanaan EKSA Melalui Lawatan Penanda Aras Ke IDEC UPM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD 127
» BERITA » PSAS Perkukuh Pelaksanaan EKSA Melalui Lawatan Penanda Aras ke iDEC UPM

PSAS Perkukuh Pelaksanaan EKSA Melalui Lawatan Penanda Aras ke iDEC UPM

Oleh: Nazibah Kamaruddin, Najah Mohd Ali, Syarfeeza Mohamad Saifuddin

Serdang, 12 September 2025 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dalam usaha memperkukuh budaya kecemerlangan pengurusan persekitaran kerja di PSAS.

Lawatan ini membuka ruang kepada warga kerja PSAS untuk menimba ilmu, memahami pendekatan praktikal serta mencontohi amalan terbaik yang telah berjaya dibudayakan oleh iDEC dalam melaksanakan EKSA secara menyeluruh dan berkesan.

Delegasi PSAS disambut dengan mesra oleh pihak iDEC yang turut berkongsi kepakaran, pengalaman serta strategi-strategi pelaksanaan EKSA yang telah terbukti mampu meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan.

Sepanjang sesi lawatan, warga PSAS telah diberi penerangan terperinci, perkongsian telus serta peluang untuk melihat sendiri inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh iDEC dalam membudayakan persekitaran kerja yang sistematik, efisien dan lestari.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA PSAS, kunjungan ini amat signifikan kerana selain membantu memperkukuh pelaksanaan EKSA di perpustakaan, ia juga memberi inspirasi baharu dengan membuka horizon idea dan strategi inovatif dalam mempertingkatkan mutu pengurusan persekitaran kerja.

Dengan adanya jalinan kerjasama erat antara iDEC dan PSAS, diharapkan hubungan strategik ini akan terus diperkukuh pada masa hadapan, sekali gus menyumbang kepada pencapaian budaya kecemerlangan perkhidmatan di Universiti Putra Malaysia.

 

   
     
 

Tarikh Input: 24/09/2025 | Kemaskini: 24/09/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
X, (10:58:03pm-11:03:03pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]