Ulasan Buku: Pengurusan Rekod Dan Maklumat : Isu Dan Cabaran | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» ARTIKEL » Ulasan Buku: Pengurusan Rekod dan Maklumat : Isu dan Cabaran

Ulasan Buku: Pengurusan Rekod dan Maklumat : Isu dan Cabaran

Oleh : Junaini binti Mohd Yusof

 

MAKLUMAT BUKU

Judul Buku : Pengurusan Rekod dan Maklumat : Isu dan Cabaran

Pengarang : Zawiyah Mohammad Yusof

Tahun diterbitkan : 2015

Penerbit : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

ISBN : 978-967-412-294-2

Bilangan muka surat : 92 halaman

Bahasa : Bahasa Melayu

Kategori : Maklumat, ilmiah dan fakta

 

ULASAN BUKU

Bilangan perkataan : 483 patah perkataan

 

Pendahuluan

Sebagai mukadimah, penulis memetik kata-kata mantan perdana menteri Amerika Syarikat iaitu Ronald Reagan yang menyebut  “... information is the oxygen of the modern age. It seeps through the walls topped by barbed wire, it wafts across the electrtified borders.” Reagan begitu peduli tentang maklumat.sehingga berpendapat organisasi tidak dapat bertahan dan berkembang dengan baik tanpanya. Kebergantungan organisasi kepada maklumat menggambarkan kuasa yang ada pada maklumat sehingga dapat menentu jatuh bangun sesebuah organisasi  malah kedaulatan sesebuah negara.

 

Buku ini mengupas tentang governans maklumat secara umum sebelum memfokus kepada isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan rekod dan maklumat (PRM). Buku ini membicarakan perbezaan di antara negara maju dan negara membangun berkaitan undang-undang dan tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara rekod dan maklumat. 

 

Isi kandungan

Buku   yang berjumlah 92 halaman ini mengupas dan menghuraikan berkenaan pengurusan rekod dan maklumat : isu dan cabaran. Dalam mengupas dan menghurai isu-isu tersebut penulis membawakan maklumat, rujukan dan data ilmiah melalui persembahan dan gaya bahasa yang cukup mudah difahami oleh setiap lapisan pembaca dan menarik untuk dibaca. 

Ia dibahagikan kepada 12 bahagian. Iaitu Apakah itu rekod dan maklumat?, Kemunculan bidang pengurusan rekod dan maklumat, Mengurus rekod dan maklumat, Pengurusan rekod dan maklumat dalam sains bidang maklumat, Rekod dan maklumat sebagai aset, Rekod dan maklumat lawan teknologi maklumat, Pengurusan rekod dan maklumat dan inisiatif e-kerajaan, Pengurusan rekod dan maklumat:tuntutan anjakan paradigma, Cabaran, halatuju dan harapan dalam bidang pengurusan rekod dan maklumat di Malaysia, Rekod dan maklumat memperkasa dan meningkat daya saing, Wawasan 2020 dan akhir sekali adalah Peranan pengurusan rekod. Penulis turut menyertakan 5 gambarajah iaitu gambarajah governans maklumat, Bidang utama governans,Komponen governans maklumat, Rangkuman bidang maklumat dan Kitar hayat rekod bagi memudahkan lagi pemahaman pembaca. 

 

Kesimpulan

Buku ini digarap dengan baik secara ilmiah oleh penulisnya, kerana penulis sendiri adalah merupakan seorang  yang berwibawa dalam bidangnya. Dengan memetik kata-kata seorang tokoh ternama dalam bidang maklumat, Harrison Mwakyembe. Menurutnya “Without access to information there is no transparency; without transparency there is no accountability and without accountability there is no democracy.” Begitu besar pengaruh maklumat kepada kehidupan manusia. Maklumat dalam rekod boleh menjadi penyelamat dan juga musuh jika jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu maklumat hendaklah diurus dengan sebaik-baiknya. Meskipun maklumat itu penting dan pengurusannya adalah genting, namun kurang mendapat keutamaan yangg tinggi dalam organisasi lantaran memberi perhatian kepada perkara yang dirasakan lebih mendesak. Justru itu buku ini sangat disyorkan untuk dibaca kerana dapat memberikan maklumat yang berguna dan dapat meninggkatkan lagi ilmu pengetahuan, sekurang-kurangnya dapat mencetuskan kesedaran dan melahirkan masyarakat yang cakna tentang pentingnya pengurusan rekod dan maklumat.

 

Tarikh Input: 08/08/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUOAe~