TAKLIMAT PEMERKASAAN EKSA SEBAGAI TERAS TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » TAKLIMAT PEMERKASAAN EKSA SEBAGAI TERAS TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN

TAKLIMAT PEMERKASAAN EKSA SEBAGAI TERAS TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN

Oleh: Nazibah Kamaruddin, Najah Mohd Ali dan Syarfeeza Mohamad Saifuddin (Jawatankuasa Pelaksana EKSA)

SERDANG, 21 April 2025 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah menganjurkan Taklimat "Pemerkasaan EKSA Sebagai Teras Transformasi Perpustakaan" secara hibrid, iaitu bertempat di Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dan turut disiarkan melalui platform Google Meet.

Sesi taklimat yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah dikendalikan oleh Encik Sahrizan Bin Mat Yatim, Penolong Pegawai Tadbir di Pusat Perhubungan Alumni, UPM, yang juga merupakan Fasilitator EKSA UPM.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan kefahaman yang jelas mengenai pelaksanaan EKSA sebagai asas kepada transformasi menyeluruh dalam persekitaran, budaya kerja, dan perkhidmatan perpustakaan secara sistematik, efisien dan berkesan.

Para peserta turut didedahkan kepada elemen penilaian audit EKSA serta beberapa tip praktikal bagi memastikan ruang kerja sentiasa menepati piawaian yang telah ditetapkan.

 

     
  

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (12:25:57am-12:30:57am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]