Oleh: Mohd Dasuki Sahak dan Nur Azleen Hasan
GOMBAK, 29 Jun 2026 – Pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (PSAS, UPM) telah dijemput oleh pihak Perpustakaan Dar al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi perkongsian ilmu berkaitan “Indeks Relevan Perpustakaan (IRP)”.
Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Puan Nur Azleen Hasan, Ketua Seksyen Hab Pengetahuan Pertanian; Encik Mohd Dasuki Sahak, Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi dan Kompetensi Staf; dan Ts. Mohd Afiq Rusly, Pustakawan Kanan, Seksyen Perkhidmatan Digital dan ICT.
Sesi perkongsian ilmu ini berlangsung secara hibrid dengan penyertaan Ketua Pustakawan UIAM, Puan Nor Hasyimah binti Mustapa, barisan pengurusan perpustakaan serta para pustakawan, termasuk pustakawan dari kampus-kampus cawangan UIAM.
Pada akhir sesi, para peserta memberi maklum balas yang positif dengan menyifatkan IRP sebagai satu pendekatan yang bernilai dalam memperkukuh pengukuran impak dan peranan strategik perpustakaan. Susulan daripada penerimaan positif tersebut, kedua-dua pihak merancang untuk meneruskan kerjasama melalui penganjuran bengkel lanjutan berkaitan IRP pada masa akan datang.
|
Puan Nur Azleen Hasan berkongsi berkaitan latar belakang
dan konsep pembangunan IRP
|
Encik Mohd Dasuki Sahak menerangkan kaedah pengukuran metrik. |
|
|
Ts. Mohd Afiq Rusly menerangkan pembangunan dashboard IRP. |
Sesi bergambar bersama barisan Pengurusan Perpustakaan Dar al-Hikmah UIAM
dan penceramah daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM selepas
sesi perkongsian “Indeks Relevan Perpustakaan (IRP)”.
|
Tarikh Input: 09/07/2026 | Kemaskini: 09/07/2026 | amiruliqhmal

03 9769 4745 (8.00 PG - 5.00 PTG)
03 9769 4686 (5.00 PTG - 10.00 MLM)