PSAS Cipta Momen Bermakna Di CONSAL XIX Kuala Lumpur | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » PSAS Cipta Momen Bermakna di CONSAL XIX Kuala Lumpur

PSAS Cipta Momen Bermakna di CONSAL XIX Kuala Lumpur

PSAS Cipta Momen Bermakna di CONSAL XIX Kuala Lumpur

Oleh: Suzila Mohd Kasim, Afandi Abdul Malek, Norfaezah Khomsan

 

Kuala Lumpur, 19 Jun 2025 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), mencatatkan pencapaian yang membanggakan di Kongres Pustakawan Asia Tenggara (CONSAL) ke-19 yang berlangsung dari 16 hingga 19 Jun 2025 di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Melalui penyertaan empat poster ilmiah dan dua pembentangan kertas kerja, PSAS bukan sahaja mengukuhkan kehadirannya di peringkat serantau, malah terus bergerak selari dengan visinya ke arah menjadi perpustakaan akademik bertaraf dunia.

 

Antara pencapaian yang membanggakan, poster bertajuk “Supporting Agricultural Networks and Communities through Agri@UPM” yang dihasilkan oleh pustakawan dari Bahagian Sumber Pertanian Malaysia telah meraih pengiktirafan dalam Boulevard Poster Competition. Poster tersebut mengetengahkan inisiatif PSAS dalam memperkukuh jaringan komuniti pertanian secara mampan menerusi platform Agri@UPM, selaras dengan peranan perpustakaan dalam menyokong agenda keterjaminan makanan dan teknologi pertanian pintar.

Tiga lagi poster yang dipamerkan turut mengetengahkan pelbagai inisiatif daripada PSAS iaitu:

  • “MALAYSIA AGRIS: Bridging Malaysian Agricultural Research with Global Knowledge Network”
  • “Building a Community of Practice on Facebook: The Role of Training Sharing in Librarians’ Professional Development”
  • “Enhancing Knowledge Accessibility: The Role of PSAS Document Delivery Service in Supporting Research Efficiency and Scholarly Engagement” 

 

     
Pasukan PSAS dalam pertandingan poster sempena CONSAL XIX.

 

     
Pasukan poster PSAS memberi penerangan kepada juri dan peserta
mengenai projek yang diketengahkan

 

Dalam sesi pembentangan persidangan, dua kertas kerja telah diketengahkan oleh pustakawan PSAS yang menyentuh topik berkaitan kelestarian dan keterangkuman dalam landskap perpustakaan masa kini iaitu:

  • “Divides in Malaysian Academic Libraries: Integrating Waqf, Green Management and SDGs Awareness for Inclusive Sustainability”
  • “Words Matter: Evaluating Inclusive Language on Malaysian and Philippine Library Websites”

 

     
Pustakawan PSAS berkongsi dapatan kajian dan isu
kepustakawanan semasa

 

Penyertaan aktif PSAS dalam CONSAL XIX ini memperlihatkan komitmen berterusan dalam membina jaringan pengetahuan serantau, berkongsi kepakaran, dan menyumbang secara langsung kepada perkembangan bidang kepustakawanan di ASEAN.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli pasukan PSAS atas semangat, usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga pencapaian ini terus menyuntik inspirasi untuk terus berkongsi ilmu, membina kerjasama dan mencipta impak di peringkat lebih luas.

PSAS terus melangkah ke hadapan – dinamik, inklusif dan relevan!

Tarikh Input: 07/07/2025 | Kemaskini: 07/07/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
S, (07:44:58am-07:49:58am, 04 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]