LAWATAN KAMPUS SEMPENA PROGRAM INSPIRASI VARSITI UPM 2025 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » LAWATAN KAMPUS SEMPENA PROGRAM INSPIRASI VARSITI UPM 2025

LAWATAN KAMPUS SEMPENA PROGRAM INSPIRASI VARSITI UPM 2025

Oleh: Nazibah Kamaruddin  dan Hanim Syazwani binti Mohd @ Mohammed
 
Serdang, 13 Ogos 2025Seramai 220 pelajar sekolah menengah telah menyertai Lawatan Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) bersempena dengan Program Inspirasi Varsiti UPM 2025 yang berlangsung pada hari Rabu, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai kehidupan dan suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi.
Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja berpeluang merasai pengalaman berada di kampus universiti, malah dapat mengenali lebih dekat pelbagai kemudahan dan persekitaran pembelajaran di UPM.
Diharapkan lawatan ini dapat membuka minda serta menanam semangat para pelajar untuk lebih bermotivasi dalam merancang masa depan akademik mereka dengan lebih jelas, khususnya dalam melanjutkan pengajian di UPM pada masa hadapan.

Tarikh Input: 14/10/2025 | Kemaskini: 14/10/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
S, (02:34:48am-02:39:48am, 12 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]