WEBINAR MASTERING CHAPTER 1: BUILDING A SOLID FOUNDATION FOR YOUR THESIS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » WEBINAR MASTERING CHAPTER 1: BUILDING A SOLID FOUNDATION FOR YOUR THESIS

WEBINAR MASTERING CHAPTER 1: BUILDING A SOLID FOUNDATION FOR YOUR THESIS

Oleh: Liza Ab Llah, Najah Mohd Ali, Norazira Mohamed

SERDANG, 26 Februari 2025 – Sekolah Pengajian Siswazah dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM telah berjaya menganjurkan webinar bertajuk Mastering Chapter 1: Building A Solid Foundation for Your Thesis. Program ini diadakan khas untuk pelajar pasca siswazah UPM pada 26 Februari 2025 (Rabu), dari jam 2.00 hingga 5.00 petang melalui platform Zoom Meetings.

Seramai 198 orang peserta dari pelbagai program pascasiswazah UPM telah menyertai sesi yang penuh bermakna ini. Tujuan utama webinar ini adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar kaedah membina asas yang kukuh dalam penulisan Bab 1 tesis mereka.

Menurut penceramah jemputan, Dr. Syafila binti Kamarudin, “Bab pertama merupakan bahagian penting yang menentukan arah tuju keseluruhan tesis. Oleh itu, pelajar perlu memahami dengan mendalam bagaimana memperkenalkan topik penyelidikan, menetapkan objektif kajian serta menyusun latar belakang dengan tepat dan tersusun.”

Sesi ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mengemukakan soalan, berkongsi pengalaman, serta mendalami teknik penulisan dan penyelidikan yang berkesan bagi memastikan proses penulisan tesis berjalan lancar dan sistematik.

Penganjuran webinar ini mencerminkan komitmen berterusan Sekolah Pengajian Siswazah dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM dalam menyokong kejayaan pelajar pascasiswazah, khususnya dalam meningkatkan kemahiran penyelidikan dan penulisan akademik yang berkualiti.

Tarikh Input: 09/12/2025 | Kemaskini: 09/12/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (06:43:47am-06:48:47am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]