WEBINAR: MASTERING CHAPTER 1: BUILDING A SOLID FOUNDATION FOR YOUR THESIS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » WEBINAR: MASTERING CHAPTER 1: BUILDING A SOLID FOUNDATION FOR YOUR THESIS

WEBINAR: MASTERING CHAPTER 1: BUILDING A SOLID FOUNDATION FOR YOUR THESIS

Oleh: Liza Ab Llah, Najah Mohd Ali dan Norazira Mohamed (Pustakawan Kanan, Bahagian Rujukan)

SERDANG, 26 Februari 2025 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad, dengan kerjasama Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya menganjurkan webinar pertama bertajuk Mastering Chapter 1: Building A Solid Foundation For Your Thesis. Webinar ini diadakan khusus untuk pelajar pasca siswazah UPM pada 26 Februari 2025 (Rabu), dari jam 2.00 hingga 5.00 petang melalui platform Zoom Meetings.

Seramai 198 orang peserta dari pelbagai program pascasiswazah UPM telah menghadiri sesi yang penuh bermakna ini. Tujuan utama webinar ini adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada para pelajar mengenai cara-cara membina asas yang kukuh dalam penulisan Bab 1 tesis mereka.

Menurut penceramah dalam webinar tersebut, Dr. Syafila Binti Kamarudin, “Bab pertama adalah sebahagian daripada struktur asas yang akan menentukan arah tuju keseluruhan tesis. Oleh itu, penting bagi pelajar untuk memahami dengan mendalam bagaimana untuk memperkenalkan topik penyelidikan, menetapkan objektif kajian, dan menyusun latar belakang dengan betul.”

Sesi ini juga memberi ruang kepada para peserta untuk bertanya soalan dan berkongsi pengalaman mengenai proses penulisan tesis, serta mendalami teknik-teknik untuk memastikan penyelidikan mereka berjalan lancar dan sistematik.

Penganjuran webinar ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Sekolah Pengajian Siswazah UPM dalam menyokong pelajar pasca siswazah untuk mencapai kejayaan dalam penulisan tesis mereka, serta meningkatkan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk dunia akademik.

Gambar 1: Poster Webinar

Tarikh Input: 29/10/2025 | Kemaskini: 29/10/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (06:43:47am-06:48:47am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]