Oleh: Nabilah Mustapa, Najah Mohd Ali
SERDANG, 23 Julai 2025 - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk “How to Win the Problem Statement in Qualitative Research” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Bin Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM. Beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam penyelidikan kualitatif.
Webinar ini telah dihadiri seramai 139 orang peserta dan merupakan sebahagian daripada siri program Putra Sarjana yang bertujuan membantu pelajar pascasiswazah melengkapkan diri dengan kemahiran penyelidikan yang diperlukan sepanjang pengajian di UPM.
Sepanjang sesi ini, para peserta berpeluang mempelajari penulisan penyataan masalah (problem statement) serta didedahkan tentang cara mengenal pasti jurang kajian, mengemukakan justifikasi fokus penyelidikan, dan menyelaraskannya dengan paradigma kualitatif.
Penganjuran webinar ini mencerminkan komitmen UPM dalam memperkasa pelajar pascasiswazah dalam penyelidikan, selaras dengan usaha melahirkan penyelidik yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tarikh Input: 09/12/2025 | Kemaskini: 09/12/2025 | amiruliqhmal

03 9769 4745 (8.00 PG - 5.00 PTG)
03 9769 4686 (5.00 PTG - 10.00 MLM)