UPM Jayakan Program Bulan Sains Terbuka, Perkukuh Budaya Penyelidikan Terbuka | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » UPM Jayakan Program Bulan Sains Terbuka, Perkukuh Budaya Penyelidikan Terbuka

UPM Jayakan Program Bulan Sains Terbuka, Perkukuh Budaya Penyelidikan Terbuka

Serdang, 7 Mei 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan komitmennya dalam memacu agenda sains terbuka menerusi penganjuran Program Bulan Sains Terbuka yang telah dirasmikan pada hari ini di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS). Bertemakan Open Science For All, program ini menghimpunkan warga akademik, pelajar dan penyelidik dalam usaha memperkukuh kefahaman serta amalan sains terbuka di universiti.
 
Program ini menekankan kepentingan perkongsian data penyelidikan, penerbitan akses terbuka dan kerjasama saintifik yang lebih menyeluruh dan inklusif. Salah satu sorotan utama ialah pengenalan PutraRDRepo, platform repositori digital rasmi UPM yang membolehkan pengurusan, penyimpanan dan perkongsian data penyelidikan secara sistematik. Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh budaya keterbukaan dalam penyelidikan, memudahkan capaian, menggalakkan penggunaan semula data, serta merangsang inovasi melalui jaringan kerjasama antara penyelidik, industri dan masyarakat.
 
Perpustakaan Sultan Abdul Samad pula terus memainkan peranan strategik sebagai peneraju dalam menyokong agenda sains terbuka melalui penyediaan sumber maklumat, latihan serta pembangunan kapasiti dalam pengurusan data penyelidikan yang mampan. Dalam masa yang sama, UPM Institutional Repository (UPM IR) turut menyokong usaha ini dengan menyediakan akses dalam talian kepada tesis, laporan penyelidikan dan bahan ilmiah lain.
 
   
     
 
     
 
     
 
     

Tarikh Input: 13/05/2025 | Kemaskini: 13/05/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (01:06:10pm-01:11:10pm, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]