Oleh: Siti Khadijah Hanin dan Norazira Mohamed
SERDANG, 5 Mei – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan penanda aras daripada Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan bagi perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan serta sokongan pelaksanaan keperluan Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA),
Lawatan ini memberi fokus kepada pelaksanaan akreditasi MQA yang sedang dijalankan oleh pihak kolej, di samping perkongsian amalan terbaik serta cadangan penambahbaikan dalam aspek pengurusan perpustakaan di institusi berkenaan.
Sepanjang sesi perkongsian, PSAS berkongsi amalan pengurusan perpustakaan yang menyokong keperluan MQA, merangkumi aspek pengurusan bahan, pendokumentasian serta akses kepada sumber pembelajaran.
Delegasi turut dibawa meninjau kemudahan perpustakaan termasuk ruang pembelajaran kondusif yang disediakan kepada pengguna.
Menurut wakil delegasi, Puan Munira Nabilah selaku Pmangku Ketua Program merangkap Penyelaras Sijil Vokasional Malaysia (SVM), lawatan tersebut membantu memperjelas keperluan sebenar bagi memenuhi standard MQA khususnya dari aspek pengurusan perpustakaan dan dokumentasi. “Lawatan ini sangat membantu kami dalam memahami keperluan sebenar bagi memenuhi standard MQA, khususnya dari aspek pengurusan perpustakaan dan dokumentasi,” katanya.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama bersama PSAS dalam bentuk bimbingan serta perkongsian kepakaran pada masa akan datang. Program ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta membuka ruang kolaborasi dalam bidang pengurusan maklumat dan perpustakaan antara kedua-dua institusi.

FOTO 1 : Sesi taklimat PSAS kepada guru Kolej Vokasional Teluk Intan semasa lawatan penanda aras.

FOTO 2 : Sesi bergambar bersama delegasi Kolej Vokasional Teluk Intan selepas lawatan penanda aras ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Tarikh Input: 28/07/2026 | Kemaskini: 28/07/2026 | rozainijumadi

03 9769 4745 (8.00 PG - 5.00 PTG)
03 9769 4686 (5.00 PTG - 10.00 MLM)