PSAS ANJUR BENGKEL IEEE TINGKAT KEFAHAMAN PENERBITAN PENYELIDIK UPM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD lib
» BERITA » PSAS ANJUR BENGKEL IEEE TINGKAT KEFAHAMAN PENERBITAN PENYELIDIK UPM

PSAS ANJUR BENGKEL IEEE TINGKAT KEFAHAMAN PENERBITAN PENYELIDIK UPM

Oleh: Nida Hidayati Ghazali

SERDANG, 27 November 2025 - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan bengkel penerbitan bertajuk “Publishing Your Research & Innovation with IEEE: With Special APC Discount Program from IEEE on OA Publishing” pada 25 November 2025. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) dan Open Access Dunia Sdn. Bhd.

Bengkel yang berlangsung di Bilik Malawati, PSAS telah disampaikan oleh Encik Alex Liu, IEEE Client Services Manager Southeast Asia. Bengkel ini dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah. Sesi perkongsian selama dua jam ini memberi tumpuan kepada strategi penyediaan manuskrip berkualiti, pemahaman terhadap proses editorial serta kriteria penerbitan bagi jurnal dan prosiding IEEE.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan saintifik dalam kalangan warga UPM, selain memperkenalkan peserta kepada peluang penerbitan Open Access (OA) melalui Special APC Discount Program yang ditawarkan oleh IEEE. Peserta turut diberikan panduan mengenai pemilihan jurnal, strategi meningkatkan sitasi serta penggunaan platform IEEE Xplore sebagai sumber rujukan utama.

Usaha ini menunjukkan komitmen PSAS dalam menyokong ekosistem penyelidikan universiti melalui penyediaan latihan dan pendedahan kepada platform penerbitan berimpak tinggi.

     
     
 

Tarikh Input: 02/12/2025 | Kemaskini: 02/12/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
X, (02:32:25am-02:37:25am, 12 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]