Oleh: Muhammad Izhar Ruslan
Serdang, 27 Mei 2025 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi dari Universitas Muhammadiyah Tangerang, Indonesia sempena program International Community Engagement Program anjuran Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE), UPM.
Seramai 113 orang pelawat yang terdiri daripada 24 orang staf pengiring dan 89 orang pelajar sarjana telah menyertai lawatan ini. Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemudahan perpustakaan akademik bertaraf antarabangsa serta untuk memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan antara kedua-dua institusi.
Delegasi disambut mesra oleh pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan dibawa melawat ke pelbagai fasiliti utama perpustakaan seperti koleksi am, ruang pembelajaran kolaboratif, bilik diskusi, dan Anjung Ilmu. Taklimat ringkas mengenai sejarah perpustakaan, koleksi sumber maklumat serta perkhidmatan yang ditawarkan turut disampaikan oleh wakil perpustakaan.
Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia, malah turut membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan serta amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan dan penyelidikan.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad mengalu-alukan kunjungan seperti ini dalam usaha mendukung aspirasi UPM sebagai universiti bereputasi global.
![]() |
Tarikh Input: 04/06/2025 | Kemaskini: 04/06/2025 | amiruliqhmal

03 9769 4745 (8.00 PG - 5.00 PTG)
03 9769 4686 (5.00 PTG - 10.00 MLM)