Lawatan Panel Akreditasi MQA/LJM Ke Perpustakaan Perubatan Dan Sains Kesihatan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD lib
» BERITA » Lawatan Panel Akreditasi MQA/LJM ke Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan

Lawatan Panel Akreditasi MQA/LJM ke Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan

Oleh: Samsida Samsudin

Serdang, 11 November 2025 - Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan panel penilai daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) pada 11 November 2025 sempena lawatan Penilaian Pembaharuan Akreditasi Penuh Program Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian.

Lawatan ini bertujuan menilai keupayaan perpustakaan dalam menyediakan sumber, kemudahan dan perkhidmatan yang menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan program berkenaan. Panel telah meneliti koleksi kejururawatan, akses pangkalan data elektronik, kemudahan ruang pembelajaran serta pelaksanaan perkhidmatan sokongan pengguna.

Panel berpuas hati dengan penyediaan sumber dan kemudahan perpustakaan, dengan cadangan penambahbaikan mengemaskini koleksi yang sedia ada.

Lawatan diakhiri dengan sesi ringkas perbincangan bersama pihak perpustakaan, yang komited untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menyokong keperluan akademik program kejururawatan.

           

 

Tarikh Input: 25/11/2025 | Kemaskini: 25/11/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
X, (05:12:43pm-05:17:43pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]