LAWATAN OLEH MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR KE PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » LAWATAN OLEH MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR KE PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

LAWATAN OLEH MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR KE PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Oleh: Nur Farhana Abdullah dan Muhammad Farhan Afif Mohd Nazri

Serdang, 15 Januari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha mengeratkan kerjasama dan memperkukuh jaringan komuniti telah menerima pelawat pada bulan Januari 2025.

Melalui sesi lawatan ini, para pelajar telah diberi pendedahan ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada para warga UPM. Para pelawat juga dibawa mengikuti sesi lawatan berpandu untuk melawat sekitar kawasan PSAS.

Sesi lawatan ini diakhiri dengan sesi soal jawab, di mana para peserta diberi peluang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan perpustakaan dan faedah yang boleh diperoleh daripada kemudahan tersebut.

Diharapkan lawatan ini memberi manfaat dan inspirasi kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka di UPM pada masa akan datang.

 

     
     
     

Lawatan dari Maahad Integrasi Tahfiz, Selangor pada 15 Januari 2025 seramai 106 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru.

 

Tarikh Input: 19/02/2025 | Kemaskini: 19/02/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (09:30:18am-09:35:18am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]